in

Umum Gantung Operasi Hari Ini, MYAirline Diarah Bayar Balik Tiket Penumpang

Myairline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline Sdn Bhd awal pagi tadi mengumumkan penggantungan operasi penerbangan berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan penggantungan berkenaan dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.


Susulan itu, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang dan perlu mencari alternatif lain untuk menuju destinasi mereka.

Artikel berkaitan: Penumpang Diugut Keluar Dari Penerbangan Kerana Anak Menangis Tak Nak Pakai Seatbelt, MYAirline Mohon Maaf

Pengumuman itu telah mengejutkan ramai pihak terutama para penumpang yang sudah membeli tiket tetapi tidak dapat melakukan perjalanan hari ini dan seterusnya.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengarahkan MYAirline untuk segera menguruskan pengguna yang terjejas termasuk memaklumkan mengenai penggantungan operasi melalui saluran komunikasi yang tersedia.

MYAirline perlu bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas.

F8No17Xbwaaaynb

“MYAirline juga telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan serta-merta dari semua platform,” katanya.

MAVCOM menggesa pengguna yang telah membuat tempahan dengan MYAirline untuk penerbangan pada 12 Oktober 2023 dan seterusnya, untuk menghubungi saluran aduan menerusi customercare@myairline.my.

Sementara itu, Mavcom memaklumkan pihaknya sedang menyiasat MyAirline berdasarkan semakan dalaman dan aduan yang diterima mengenai pembayaran berkanun yang belum dibayar kepada pekerjanya.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.