in

“UMNO ugut bunuh” – Jurugambar PKR

Saveee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"UMNO ugut bunuh" - Jurugambar PKR
Loading
/

Nurul Izzah, ahli parlimen Permatang Pauh ada memberitahu bahawa beliau komited untuk mengembalikan kebebasan media di Malaysia. Jika sebelum ini kebebasan bersuara seakan tidak wujud di negara kita, rakyat kini merasa lebih terbuka untuk membuat pendedahan di bawah pemerintahan yang baru.

Jika hari ini kita dengar tentang pengakuan anak Rosmah tentang sisi hitam ibu kandungnya tu, this time seorang jurugambar pula mendedahkan pengalaman buruk yang dilalui sepanjang menjadi jurugambar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


 

Tangkap gambar kempen secara rahsia

Lelaki dikenali sebagai Keow Wee Loong itu menceritakan apa yang dilalui di akaun Facebook sepanjang menjadi jurugambar kepada PKR.

“Mencipta sejarah dalam satu gambar. Inilah macam mana saya sumbangkan kemahiran saya untuk perubahan. Beberapa bulan lepas saya banyak membantu ramai calon Pakatan Harapan untuk gambar kempen mereka secara rahsia. Saya percaya yang setiap gambar ada sejuta makna. Jadi setiap gambar yang saya tangkap, ada kisah yang saya ceritakan supaya mudah difahami oleh orang-orang biasa.”  

32116960 1762277323851874 4131588973443153920 N
sumber: facebook

 

Ambil gambar PKR yang tak banyak terima liputan media

Memulakan kerjaya sebagai jurugambar kepada Nurul Izzah Anwar, Keow percaya yang dia dapat mencipta sejarah dengan mengambil gambar parti PKR yang tidak banyak mendapat liputan media.

“Sejak berbulan-bulan lepas, saya akan shoot kempen untuk calon-calon Pakatan Harapan, memandu dari Kuantan-Pulau Pinang-KL-Pulau Pinang dan menyelesaikan shooting itu sendirian.”

32159600 1762279467184993 7429901240026267648 N
sumber: facebook

 

“Hati-hati dengan peluru yang akan ditembak tepat di kepala”

Apa yang mengejutkan, Keow mendedahkan bahawa dia dan keluarga pernah menerima ugutan bunuh dari pihak UMNO sewaktu kempen PH.

“Rumah saya diserbu oleh 10 orang polis.”

Keow juga dikatakan pernah menerima panggilan tidak dikenali dan mesej Whatsapp berkenaan satu entri palsu menghina orang Melayu yang dimuat naik ke internet atas namanya.

“Salah seorang pemanggil tu ingatkan saya untuk hati-hati dengan peluru yang akan ditujukan tepat di kepala saya bila saya nak keluar nanti.” 

32159331 1762278587185081 6259674646463905792 N
sumber: facebook

 

Ditawarkan RM15,000 untuk henti tangkap gambar PKR

Selepas menerima panggilan berunsur ugutan tu, Keow melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Saya selalu low profile bila tangkap gambar dan saya pernah join kempen Kak Wan (Wan Azizah) di Kajang dan Permatang Pauh. Waktu tu saya pernah tidur kat stesen minyak selama tiga malam, tidur dalam kereta, sebab saya akan tergesa-gesa untuk ke satu-satu event.” 

“Saya juga pernah ditawarkan RM15,000 untuk hentikan sumbangan saya pada Kak Wan ketika kempen di Kajang.”

32163850 1762279477184992 1363956556646842368 N
sumber: facebook

Waaah, dahsyat betul sampai kena ugut-ugut macam ni tapi Keow tetap tak mengalah. Ni Keow ada share satu video waktu pejabat Perdana Menteri minta gambar Najib melawat Anwar kat hospital suatu ketika dulu. Dah lama dia simpan katanya.

Sumber: Facebook

Baca: Bekas Ketua Polis Negara Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Sebab Fitnah Nurul Izzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.