in

Ulas Isu Kes Polis Langgar Pelajar Di TikTok, Caprice Dipanggil Ke IPD

Caprice Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering mengulas isu viral yang berlaku di negara ini, penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice memaklumkan bahawa dia telah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 10.30 pagi esok.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 35, arahan itu susulan tindakannya memuat naik video reaksi mengenai insiden seorang pelajar sekolah yang maut dilanggar kenderaan yang dibawa oleh seorang pegawai kanan polis pada 15 Disember lalu.


Artikel berkaitan: Kepala & Muka Ditutup, Pegawai Polis Langgar Pelajar Dikawal Ketat PDRM

Artikel berkaitan: Abang Mangsa Kemalangan Nafi Minta Sumbangan, Rayu Orang Ramai Beri Keterangan Pada Polis

“Salam guys, Cap dipanggil untuk pergi ke IPD Dan Wangi later at 2pm tentang satu video yang viral dekat TikTok berkenaan mamat polis yang langgar budak sekolah,” katanya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Bagaimanapun, menerusi kemaskini terbaharu, Caprice memberitahu bahawa dia diminta untuk hadir ke IPD terbabit pada esok pagi.

Screenshot 2023 12 21 152133

Dipanggil sebab guna kata-kata kesat dekat polis?

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa Caprice dipanggil siasat kerana telah menggunakan kata-kata kesat pada anggota polis.

Namun, dakwa penyanyi itu dia hanya menggunakan kata-kata kesat kepada suspek dalam kes langgar terbabit.

Img 8830

Difahamkan, video tersebut sudah pun dipadam selepas ia dianggap melanggar garis panduan kandungan di media sosial.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen mendoakan urusan Caprice dipermudahkan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.