Beberapa hari lalu, viral di media sosial akan keadaan wajah usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias yang katanya mengalami bengkak teruk dan bernanah akibat infeksi selepas mendapat rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.
Perkongsiannya di Instagram mengenai kejadian yang menimpanya itu telah mendapat pelbagai komen negatif netizen yang menganggap ia bahana daripada tindakan mengubah bentuk wajah untuk menjadi seorang wanita.
“Ratu anggap ujian tanda Allah sayang” – Safiey Illias
Walau bagaimanapun, Safiey Illias langsung tidak terkesan dengan apa yang dicemuhkan netizen terhadap dirinya kerana menurut Safiey, semua itu dianggap ujian daripada Allah.
Malah Safiey juga menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif selalu.
“Walau pipi saya bernanah sebab infeksi, tapi kenapa saya muat naik dan kongsi? Kenapa tak diam dan sorok?
“Supaya korang gelakkan dan hentam kaw-kaw. Ratu anggap ujian tanda Allah sayang.
“Orang memang suka bila kita ni susah, jatuh, down dan sedih. Memang perangai orang kita camtu.
“Sebab ratu pun suka gelakkan orang hahaha. Jadi adil lah.
“Ratu positifkan diri. Ratu jadikan ujian itu sebagai marketing yang Allah bagi secara tiba-tiba tanpa dirancang,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CEQKDsqH5lA/
Terdahulu, tindakan Safiey yang sering berkongsi cerita mengenai pembedahan yang dilakukannya pada anggota badan kepada umum itu telah menarik perhatian beberapa pendakwah bebas seperti PU Syed Bakri Al Yahya dan PU Amin untuk menegur.
Apa-apapun admin harap Safiey janganlah terlalu menyimpang kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan nanti. Takut nanti kita tak sempat memohon taubat daripadaNYA.