in

Ubat Batuk Disyaki Jadi Punca Lebih 200 Kanak-Kanak Maut Di Indonesia?

Ft Ubat Batuk Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Indonesia baru-baru ini mendedahkan sebuah dokumen buat untuk kali pertama dalam satu pendedahan beberapa kejadian yang menjurus kepada penggunaan bahan toksik dalam pembuatan ubat batuk yang didakwa menyebabkan kematian 200 kanak-kanak di negara itu tahun lalu.

Menurut dokumen yang tidak pernah didedahkan pada umum tersebut, ia melibatkan pengeluar ubat Indonesia, Afi Farma dan tragedi berlaku pada tahun 2021 ketika seluruh dunia mengalami kekurangan bekalan propyleng gylcol (PG) bergred perubatan yang juga bahan utama dalam pembuatan ubat bersirap.


Dalam tahun yang sama, sebuah lagi syarikat, CV Samudera Chemical yang merupakan pembekal runcit bahan pembuatan sabun turut terkesan dengan pandemik bertindak untuk menjual bertong-tong ethylene glycol (EG) bergred industri yang telah dilabel sebagai PG.

635Fe25174A3B Konferensi Pers Bpom Terkait Obat Sirup Yang Mengandung Eg Dan Deg 1265 711

 

Menurut laporan, perkara tersebut diperakui melalui satu testimoni yang dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif CV Samudera sendiri yang dikenali sebagai Endis.

Syarikat berkenaan kemudian memuat turun logo pembekal PG dari Thailand iaitu Dow Chemical dari internet sebelum menampal pada tong dram yang mengandungi EG, seterusnya dijual ke pengedar mereka iaitu CV Anugerah Perdana untuk beberapa bulan sehingga Mei 2022.

EG biasanya digunakan untuk pembuatan larutan antibeku untuk kenderaan. Sekiranya ia ditelan, ia boleh menyebabkan kecederaan pada buah pinggang.

Menurut pakar perubatan, sesetengah pengeluar yang tidak beretika sering menggantikan PG dengan EG kerana kosnya yang lebih murah.

635Fb9Bbc8E59 Konferensi Pers Bpom Terkait Obat Sirup Yang Mengandung Eg Dan Deg 663 372

Pencemaran ubat batuk di beberapa buah negara telah membuka mata ramai pihak dan ia menjurus kepada banyak siasatan di seluruh dunia.

Menurut Endis, dia tidak mengetahui bahawa produknya itu akan digunakan untuk membuat ubat-ubatan dan syarikatnya hanya membungkus semula untuk mengurangkan kos kerana pembelian PG adalah sukar kerana ianya diimport.

Artikel berkaitan : Kandungan Arsenik 430 Kali Ganda Lebih Had, Singapura Keluarkan Amaran Ke Atas Produk Malaysia

Artikel berkaitan : “Cacatkan sistem saraf bayi” – Doktor Kongsi Ibu Hamil Perlu Berhati-hati Main Dengan Kucing Sebab…

Dalam masa yang sama, siasatan mendapati CV Anugerah Perdana ada mempunyai sijil analisa bahan untuk beberapa batch PG palsu. Oleh itu, ia boleh digunakan secara farmaseutikal tanpa diuji.

Hasil siasatan mendapati bahan yang dibekalkan mengandungi 99% EG manakala had yang dibenarkan oleh WHO hanyalah 0.1%.

Susulan itu, empat kakitangan Afi Farma telah disabitkan kesalahan manakala dalam pendakwaan lain, Endis serta 3 lagi rakan sekerja dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan melanggar undang-undang pembuatan ubat.

Sumber : FMT

Sumber: viva
Sumber: viva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.