in

“U sex maniac ke?” – Nak Cari Bakal Isteri Kena Bagi Email & Gambar, Tweetfamous ‘Sekolahkan’ Netizen

Kahwin Featured

Siapa je tak nak kahwin, lebih-lebih lagi kalau umur dah mencecah 20an, kewangan dah stabil dan telah bekerja.

Tapi macam mana kalau orang tu ada business sendiri, ada 3 buah rumah semi-d dan kondominium, pakai kereta Audi S7 dan mampu berikan elaun bulanan sampai RM10,000?

Kaya tapi masih bujang?

Hmmm..macam wow! Seriously ada semua tu dan masih bujang? Sekarang jugak kita kahwin!

Tapi, takkan semudah tu kan? Tak macam pelik ke? Macam tu juga apa dirasakan Tweetfamous yang mesra digelar Kak Ojie ni.

Menerusi akaun Curious Catnya, ada seorang follower yang buat confession bahawa dia sedang mencari bakal isteri. Dengan syarat, kena email dan beri gambar kalau berminat.

Kahwin 4
sumber: twitter

Ciri-ciri wanita dicari adalah..

Lelaki berkenaan bagi list yang panjang lebar butiran diri dan ciri-ciri pasangan yang dia cari. Let’s check it out!

Kahwin 1
sumber: twitter
Kahwin 2
sumber: twitter

Wow! Elaun bulanan RM10,000 dan savings kecemasan sebanyak RM150,000! Hebat, hebat. Tapi..elaun eh? Bukan patut nafkah ke? Duit belanja?

Asalkan kaya, asalkan stabil

Cuma itulah, korang percaya ke apa lelaki ni tawarkan? Yelah memang daripada apa dia cakap nampaklah yang dia ni dah stabil tapi macam pelik je?

Perempuan memang pandang lelaki kaya saja ke? Asal stabil, asal ada masa depan..semua ok eh?

Kahwin 5
sumber: twitter

Tapi lelaki tu kata dia tak main-main! Macam mana ni?

Kahwin 3 1
sumber: twitter
Kahwin
sumber: twitter

Kalau betul-betul terdesak, janganlah buat macam ni. Mungkin boleh cuba cara lebih baik? Ke macam mana?

“Kalau gatal nak bernikah, keluarlah pergi cari bakal isteri”

Betul juga apa Kak Ojie cakap. Kalaulah ada wanita-wanita kat luar sana yang misal kata pergi bagi maklumat diri dan email pada lelaki ni, lepas tu siapa tahu apa dia akan buat dengan email atau nombor telefon korang.

Zaman dah canggih ni, macam-macam cara orang boleh buat tau nak trace location.

Kahwin 6

Kahwin 7
sumber: twitter

Ingat tu! Jodoh pertemuan semua dah diaturkan Allah swt. Bila dan dengan siapa tu memang kita tak tahu, tapi tak kahwin tak semestinya it is the end of the world!

So korang relaks je kalau belum kahwin tu. Adalah nanti dia sampai, kot-kot tengah tadika lagi ke. Tunggu je lah!

Baca: Lepas Kerja Gaji RM 10k, Jual Rumah, Kedekut Nafkah & Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp, Ini Kisah Bekas Suami Berperangai B*bi

Bekassuami10