in

Tweetfamous Sahut Cabaran Jenama Air Terkenal, Tiba-Tiba Sekarang Deactivate Akaun?

Hausboom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, online marketing ni sangat mudah untuk dibuat.


Dengan liputan yang lebih meluas dan tak memerlukan kos yang tinggi, banyak syarikat-syarikat yang memilih untuk berkolaborasi dengan social media influencer atau personaliti media sosial untuk mempromosikan produk mereka.

Hausboom, jenama air tempatan

Hausboom, antara jenama minuman terkenal milik anak tempatan yang berjaya menempatkan nama di kedai-kedai serbaneka dan stesen minyak.

Minuman yang dijual dalam pelbagai perisa itu memang menarik dan eye-catching!

66281557 2329189090531628 7265570560011141120 N
sumber: facebook

Namun jenama itu pernah mencetuskan kontroversi apabila pengasasnya mendakwa, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menipunya, Februari lalu.

Hausboom x Hotwheels

Jenama yang diusahakan oleh usahawan muda, Azri Zahier Azmi juga merupakan official beverage untuk satu event terkenal pada hujung bulan nanti.

Hausboom telah berkolaborasi dengan Hotwheels, jenama kereta miniatur terkenal dunia, untuk menampilkan sebuah kereta Volkswagen Beetle Gen 1 pada skala 1:1 sebagai bahan pameran di acara itu.

Cabar Tweetfamous dapat 10 ribu RT demi promosi

Hausboom telah meminta bantuan seorang Tweetfamous untuk mempromosikan acara berkenaan.

Malah, jenama itu turut mencabar dia meraih 10 ribu Retweet di akaun Twitternya jika ingin menjadikan kereta terbabit sebagai hadiah giveaway kepada pengunjung di acara itu nanti.

Screenshot 2019 07 21 2 Injang On Twitter Salam Gais Hausboomhq Ajak Aku Main Gila Depa Challenge Aku Kalau Dpt 10K Rts ...1
sumber: twitter
Hausboom 4
sumber: twitter
Hausboom 5
sumber: twitter

Seriously? Nak famous ke nak promosi free ni?

Akaun Twitter Hausboom tidak lagi ditemui

Genap jam 4.30 petang tadi, tweet berkenaan berjaya mendapat jumlah ditetapkan.

Menariknya? Akaun Twitter Hausboom telah deactivated.

Hausboom 7
sumber: twitter
Screenshot 2019 07 21 2 Profile Twitter
sumber: twitter

“Admin Twitter Hausboom bakal dipecat..”

Peliknya, akaun Instagram jenama berkenaan masih aktif dan ada menyebut pemberian itu takkan berlaku.

Hausboom 1
sumber: twitter
Hausboom 2
sumber: twitter

Malah pengasasnya juga telah memuatnaik Instagram story di akaunnya bahawa admin Twitter mereka akan dibuang.

Hausboom 3
sumber: twitter

Macam kelakar pula tengok situasi ni. Adakah ini sejenis gimik atau gaya marketing pengusaha-pengusaha jenama tempatan zaman sekarang?

Baca: “Macam langit dengan bumi” – Influencer Ini Dikecam Teruk Sebab Samakan Diri Dengan Artkitek Pasal Isu ‘Rate Card’

Instafamous 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.