in

Tuntutan Sulu: Kemenangan Mutlak Buat Malaysia, Mahkamah Agung Belanda Tolak Rayuan

Tuntutan Sulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia memperoleh kemenangan mutlak berkaitan tuntutan pihak Sulu semalam apabila Mahkamah Agung Belanda menolak rayuan yang difailkan pihak tersebut terhadap Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, keputusan Mahkamah Agung Belanda itu telah berjaya menamatkan cubaan pihak Sulu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.


Screenshot 2024 09 07 At 4.19.20 Pm

Azalina juga berkata, keputusan luar biasa dari Mahkamah Agung Belanda itu juga menyokong keputusan yang dibuat di Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun 2023 yang lalu.

Keputusan di Mahkamah Rayuan The Hague sebelum ini mengangkat usaha Malaysia mencabar permohonan pihak yang menuntut di Belanda bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan ‘Final Award’ diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022.

Selaku penimbang tara Sepanyol, Final Award itu telah diberikan secara kontroversi dengan mengarahkan Malaysia membayar $14.92 bilion USD (bersamaan kira-kira RM 70.19 bilion) kepada 8 orang warga Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Artikel berkaitan: Drama! Ini Pergaduhan Antara ‘Royal’ Yang Pernah Berlaku Sepanjang Sejarah

Artikel berkaitan: Waris Sultan Sulu Rampas 2 Anak Syarikat Petronas Bernilai Lebih RM8 Bilion, MP Minta PM Beri Penjelasan

Screenshot 2024 09 07 At 4.21.22 Pm

Mereka juga dilaporkan cuba menyita aset Petronas milik Malaysia di Luxemborg dan Belanda serta aset diplomatik Malaysia yang lain di Perancis.

Terdahulu, Stampa didapati bersalah pada Januari lalu kerana menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan. Mahkamah Sepanyol juga melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

Malaysia memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya berhubung Final Award di negara lain.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.