in

Tunjuk Jari, Dapat Free!

Csas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai berapa jam je lagi gais! Esok hari keramat untuk kita semua tentukan masa depan negara! Kat tempat mengundi nanti mesti ramai gila orang, kena beratur panjang lama-lama, nanti lepas tu confirm lapar, kan?



Ni ada berita baik untuk semua pengundi, esok korang boleh dapat makanan free!

Giphy 3

 

Pergi mengundi, dapat makanan FREE!

Ye, betul! Korang boleh dapat hidangan percuma dari restoran-restoran ni esok! Syarat dia satu je, kena tunjuk dulu kesan dakwat kekal kat jari barulah boleh makan free.

 

1. Burger @ Epic Fit Meals Co

Ni korang boleh order dine-in ataupun take-out. Restoran ni halal-certified tau! Boleh dapatkan burger percuma ni dari pukul 11 pagi hingga 10:30 malam. So kalau korang pergi mengundi petang, malam still boleh datang and order burger free ni.

Lokasi: Damansara Perdana, Sunway City dan Mont Kiara

X Food Outlets Are Offering Free Food For Polling Day World Of Buzz 4
sumber: facebook

 

2. Brownies @ Dave’s Deli Malaysia

Pemanis mulut pun ada! Dave’s Deli tawarkan brownies untuk 100 dine-in customers pertama. Siapa cepat, dia dapat! Yang penting, tunjukkan tanda dakwat kekal kat jari!

7 Free Deals Only For Msian Voters On Ge14 World Of Buzz 2
sumber: facebook

 

3. Nasi Lemak dan Teh Tarik @ The BIG Group

Nasi Lemak dan Teh Tarik pun dapat! Asalkan tunjuk jari bertanda dakwat kekal, terus dapat hidangan percuma kebanggaan negara kita ni. Tak sure restoran The BIG Group tu kat mana? Tiga restoran The BIG Group ni tawarkan makanan percuma esok!

  • Plan B – Publika, Midvalley, Ipoh
  • Ben’s – Pavilion, KLCC, Gardens, Publika, BSC
  • Ben’s General Food Store (BGFS) – Batai, GLO, Publika
X Food Outlets Are Offering Free Food For Polling Day World Of Buzz 5
sumber: facebook

 

Servis FREE pun dapat!

Bukan makanan je yang percuma, ni pulak servis free yang korang boleh dapat sebelum pergi jalankan tanggungjawab pada negara esok!

 

1. Nail Polish / Gel Remover @ POSH Nail Spa

Kalau korang ada pakai nail polish, kena tanggalkan tau. Sebabnya nanti susah pegawai pilihan raya nak letak dakwat kekal kat jari korang. Make sure kuku korang bersih tanpa nail polish sebelum pergi mengundi!

X Food Outlets Are Offering Free Food For Polling Day World Of Buzz 8
sumber: facebook

 

2. Pemeriksaan kereta @ Lim Tayar

Sebelum ni kita dengar pasal #PulangMengundi kan? Ni pun sekali lah. Lim Tayar tawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kat 18 cawangan dorang supaya korang boleh balik mengundi dengan selamat sebab dah check kereta.

Kuala Lumpur

  • Pandan Indah (Proton Service Centre)
  • Jalan Ipoh (Proton Service Centre)
  • Jalan Gombak (BestDrive)
  • Kepong
  • Dataran Wangsa
  • Taman Melawati
  • Taman Sri Hartamas
  • Bangsar
  • Old Klang Road
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

Selangor

  • Hulu Kelang
  • Subang Jaya
  • Shah Alam
  • SS2
  • Taman SEA
  • Bandar Baru Selayang
  • Ampang Jaya

Negeri Sembilan

  • Seremban 2
X Food Outlets Are Offering Free Food For Polling Day World Of Buzz 9
sumber: lim tayar

Waaah banyaknya benda percuma kalau pergi mengundi esok. So jangan lepaskan peluang, lepas mengundi esok terus serbu tempat-tempat ni okay!

Baca: “Kita bincang kat luar” – Pegawai SPR

Dnlasnc 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.