in

Tun Mahathir Buat Kejutan, Tampil Sebagai Penonton Di Sambutan Hari Kemerdekaan

Tun Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Hari Kebangsaaan yang ke-67 telah diadakan dengan jayanya pada awal pagi hari ini. Sambutan yang diadakan di Putrajaya itu menampilkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta berarak dihadapan penonton.

Dalam keramaian pengunjung dan penonton yang hadir, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut tampil menyambut sambutan hari kebangsaan.


Sudah tentulah, penampilan Tun M itu berjaya mengejutkan orang ramai yang berada di Dataran Putrajaya.

@demirakyatchannel

Tun Mahathir buat kejutan hadir Perarakan Sambutan Hari Merdeka tadi #tunmahathir #chedet #turun #kejutan #dataranputrajaya #putrajaya #merdeka #sambutanharimerdeka

♬ original sound – Demi Rakyat Channel – Demi Rakyat Channel

Artikel berkaitan: “Siap boleh tembak” – Basikal ‘Kereta Kebal’ Adik Ini Dapat Perhatian Orang Ramai

Artikel berkaitan: “JPJ bawa abang ‘sado’, unit K9 pakai spek” – Tak Sempat Tengok Sambutan Hari Kebangsaan? Ini Antara Yang Menarik!

Kejutan Tun M

Ramai dalam kalangan netizen yang terkejut dengan penampilan istimewa Tun M dalam kalangan pengunjung dan penonton yang hadir. Walaupun usia beliau mencecah 100 tahu, beliau masih diberikan kesihatan untuk hadir dan sama-sama meraikan ulang tahun kemerdekaan tanah air.

Screenshot 2024 08 31 At 1.12.02 PmAmiinn. Jasa dan pergorbanan Tun M sepanjang berkhidmat untuk negara tidak akan dilupakan. Banyak peninggalan bersejarah yang Tun M tinggalkan untuk kita dan generasi masa hadapan. 

Screenshot 2024 08 31 At 1.12.54 PmTerima kasih Tun M atas jasa yang telah diberikan. Masih steady ye nampak Tun M boleh berjalan dan tengok sendiri perbarisan bersama penonton.

Screenshot 2024 08 31 At 1.13.03 PmBetul tu. Putrajaya sendiri adalah cetusan idea Tun M. Nampak beliau berjalan di Putrajaya memang lain macam aura nya kan. 

 

Kredit Video: @demirakyatchannel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.