in

Tun M ‘Ungkit’ Johor Jadi Negeri Pertama Tandatangani Perjanjian MacMichael, Apa Tu?

Collage 7 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mencadangkan supaya Johor mewujudkan Gabungan Bangsa Johor bagi menentukan keperluan sendiri seperti di Sarawak tanpa perlu menunggu kerajaan persekutuan.

Menurut baginda, jika gabungan ini dibuat, senario politik, kepentingan serta pembangunan negeri akan menjadi keputusan rakyat Johor. Selain itu, potensi negeri Johor juga akan menjadi lebih hebat sekiranya semua keputusan ini dibuat sendiri oleh orang Johor dan bukan Putrajaya.


Tmjdatanglagi

Apabila kamu bergabung dan bersatu, kerajaan pusat tidak boleh lagi pekakkan telinga sebab kamu akan menjadi kingmaker.”

Ekoran ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui akaun X telah mengeluarkan satu hantaran bertajuk ‘Kenyataan Sejarah’ menceritakan tentang Perjanjian MacMichael.

Menurut Tun M, Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani perjanjian MacMichael dengan bersetuju untuk menyerahkan Johor kepada British dan hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.

Perjanjian tersebut bagaimanapun dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan sebagai UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) bagi membantah dan menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.

Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berparlimen.”

Tambah Tun M lagi, peristiwa sejarah ini boleh dilihat sendiri dalam laporan verbatim mengenai Malayan Union yang dikeluarkan oleh British Archives.

Apa itu Perjanjian MacMichael?

Rid26

Selepas Jepun menyerah diri menandakan pengakhiran Perang Dunia Kedua, Bristih telah cuba untuk mendapatkan semula jajahan mereka ke atas Malaya. Angkatan British telah kembali ke Malaya untuk menwujudkan semula penjajahan mereka.

British cadang Malayan Union

British, di bawah kerajaan sosialis pasca perang telah mencadangkan pertubuhan Malayan Union untuk pusatkan pentadbiran penempatan Selat (Pulau Pinang, Singapura, Melaka), Negeri Melayu Persekutuan (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang) dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan).

Di bawah Malayan Union, kedaulatan sultan akan dialih kepada Mahkota British dan semua rakyat di bawah Malayan Union akan diberi hak sama rata atas prinsip “jus soli” (siapa yang lahir di Malaya termasuk yang bukan Melayu akan automatik jadi warganegara).

Pemerintah Melayu setuju dengan Malayan Union

Sir Harold MacMichael yang merupakan pentadbir kolonial British yang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi untuk Palestin telah tiba di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945 dan ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan Sultan-Sultan ke atas pembentukan Malayan Union.

Jadi, MacMichael telah menghadap pemerintah-pemerintah Tanah Melayu bermula dengan Sultan Johor yang pada ketika itu merupakan Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim telah bersetuju dengan cadangan ini dan merupakan sultan pertama yang menandatangani perjanjian tersebut pada 20 Oktober.

Gp1Wwlcbkaagyrv

Kemudian, pada 21 Disember 1945, kesemua sembilan sultan telah bersetuju dengan penubuhan Malayan Union walaupun hilang kedaulatan.

Perlu disebutkan, sultan-sultan ini telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian tersebut kerana British berkeras untuk mendapatkan perjanjian tersebut dan bersedia untuk membuat mana-mana sultan yang tak bersetuju, jika perlu.

Sultan-sultan tak diberi peluang untuk berbincang dengan majlis negeri mereka atau pun dengan satu sama lain.

Beta dipersembahkan dengan ultimatum lisan dan masa yang suntuk dan jika beta enggan tandatangani persetujuan baru ini, pengganti yang mahu menandatangani perjanjian ini akan dilantik menjadi Sultan.”

Kemudian pada akhir Disember 1945, satu protes menolak Malayan Union telah dijalankan di Kota Bharu, Kelantan di mana seramai 10,000 orang telah menyambut kedatangan Sir Harold MacMichael dengan sepanduk mengecam Malayan Union.

British kemudiannya telah mengeluarkan Kertas Putih ke atas Malayan Union memberitahu rancangannya untuk memberi kewarganegaraan sekaligus memerintah Tanah Melayu secara keseluruhan. Kertas Putih ini mempersembahkan Malayan Union sebagai perjanjian yang dicapai melalui persetujuan rasmi semua sultan dengan MacMichael. Kini, kesemua perkara perlu mendapatkan persetujuan Gabenor British termasuk perkara yang berkaitan dengan Islam.

UMNO ditubuhkan menentang Malayan Union

3 652

Pada 1 Mac 1946, Kongres Melayu membantah Malayan Union telah dibuat di Kuala Lumpur. Kongres ini telah mengumpulkan kesemua 41 persatuan Melayu kepada satu organisasi rasmi iaitu United Malay National Organisation (UMNO).

Datuk Onn Jaafar menasihatkan Pemerintah Tanah Melayu untuk tidak menghadiri pelantikan Gabenor pertama Malayan Union, Sir Edward Gent pada 1 April 1946 sekiranya tak mahu hilang sokongan orang Melayu.

Disebabkan ini, tak ada satu pun Sultan Melayu yang hadir ke pelantikan tersebut sehingga menyebabkan British bimbang. Dua Ahli Parlimen British telah dihantar untuk mendapatkan pandangan orang Melayu.

Selepas melihat bantahan yang kuat terhadap Malayan Union dan selepas berbincang dengan pemerintah dan ketua-ketua UMNO, dua ahli Parlimen ini melaporkan bahawa Melayu tidak menerima Malayan Union.

Ketika ini, orang Melayu rasa dikhianti oleh sultan mereka yang dianggap telah menyerah kepada penjajah Eropah dengan menandatangani Perjanjian MacMichael. Ini sekaligus menukarkan persepsi rakyat terhadap raja-raja.

Disebabkan ini, UMNO telah berjuang untuk mengembalikan semula kedaulatan sultan dengan syarat mereka perlu bersetuju untuk menjadi Tanah Melayu sebagai negara berpelembagaan dan bukan hak mutlak raja-raja.

British bersetuju untuk menggantikan Malayan Union

45571231 2052810938117170 935325520655024128 N

Kerana menerima tentangan orang-orang Melayu untuk menubuhkan Malayan Union, British telah menggantikannya dengan perjanjian yang lebih dipersetujui. Bekerjasama dengan UMNO, British telah menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 31 Januari 1948, Malayan Union telah dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu di mana persekutuan mengiktiraf kewujudan negeri komponen, mengembalikan kedaulatan dan kedudukan raja-raja sebagai raja berpelembagaan dan posisi orang Melayu sebagai orang asli Tanah Melayu. Persekutuan ini juga akan berkerja untuk menjadi kerajaan sendiri yang dipilih oleh rakyat.

And the rest is history

Sumber: X, Tiki-toki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.