in

“Tulis semula Al Quran & Bible” – China Tulis Semula Kitab Suci Untuk Uighur Supaya Tidak Bercanggah Dengan Fahaman Komunis?

Featured Uighur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, sebelum ni kecoh dekat laman media sosial mengenai kekejaman yang dikenakan terhadap masyarakat minoriti muslim Uighur.


Kerajaan China juga menolak bahawa berlakunya sebarang keganasan terhadap mereka, sebaliknya mengatakan bahawa mereka sebenarnya dibawa ke kem pendidikan semula dan bukannya kem tahanan.

7532290 7677917 A Perimeter Fence Is Constructed Around What Is Officially Known A 82 1573660935709
Sumber: daily mail

Namun, baru-baru ini, tular sekali lagi mengenai keputusan yang di ambil oleh China untuk menulis semula isi kandungan kitab suci Al Quran dan juga kitab Bible.

Menurut Daily Mail, tujuan utama kerajaan China mengambil keputusan untuk menulis semula kitab suci itu adalah disebabkan ingin menerapkan nilai-nilai sosialis kepada masyarakat Uighur.

Tambahnya lagi, edisi baru yang diterbitkan itu nanti tidak boleh ada sebarang unsur yang bertentangan dengan ajaran dan fahaman Parti Komunis. Kalau di dapati ada sebarang perenggan yang dianggap tidak bersesuaian ia akan di tapis dan diterjemahkan semula.

21531554 7730965 Image A 3 1574858906514
Sumber: daily mail

Walau bagaimana pun, mereka tidak mengatakan secara spesifik mengenai kitab apa yang akan di gubal semula, tapi kitab yang dinyatakan akan ditulis semula adalah sebab ia sudah lama dan tidak seiringan dengan zaman kini.

Perintah penulisan semula Al Quran dan Bible telah dikeluarkan pada November yang lalu semasa mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Etnik dan Keagamaan Jawatankuasa Nasional Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, sebuah kumpulan yang mengawasi perkara etnik dan agama di negara itu.

Kalau nak terapkan nilai sosialis pun, kenapa sampai perlu nak ubah isu kandungan asal kitab Al Quran dan Bible tu? Semoga umat islam Uighur sentiasa dilindungi Nya dan terus tabah menghadapi ujian ini.

 

Baca: Pendedahan Baru: Wanita Uighur Dipaksa ‘Join’ Program Tidur Bersama Lelaki Pilihan Komunis

Lll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.