in

Tular Video Wanita Mengamuk Dekat Stesen Minyak Sebab Tandas Tiada Air

Mengamuk Stesen Minyak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keadaan terdesak, kita biasanya menggunakan apa sahaja contoh paling mudah ialah ketika kita terdesak ingin menggunakan tandas, sudah pastinya kita akan cari tandas awam berdekatan.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang wanita mengamuk selepas menggunakan tandas di sebuah stesen minyak gara-gara tandas tersebut tiada air.


Video tersebut dikongsikan oleh sebuah akaun Twitter, difahamkan pergaduhan antara pengguna tandas dan juruwang tersebut berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Larah, Perak.

Dalam situasi itu, pengadu difahamkan ingin membuang air besar namun naik angin apabila mengetahui tiada air di tandas tersebut, lalu menyuruh adiknya untuk membeli air mineral di kedai stesen minyak berkenaan.

Pertelingkahan tersebut bertambah buruk apabila wanita tersebut bertindak mengamuk dan ingin wangnya membeli air mineral botol itu dikembalikan serta memarahi pengurusan stesen minyak tersebut.

Juruwang tersebut kemudian tidak tahan dengan jeritan wanita tersebut lalu menjerit bagi memperbetulkan keadaan.

“Bukan masalah saya kalau hang (awak) tak rehat. Someone kena manage la toilet tu. Nak kena panggil pula orang sebelah.

Ha orang sebelah boleh tak tolong beritahu kereta Myvi colour biru RS suruh beli air sebab toilet ini tak ada air?” teriaknya.

Enggan mengeruhkan keadaan, kedengaran seorang individu yang berkemungkinan pekerja lain di stesen berkenaan mengarahkan juruwang tersbeut memulangkan semula RM 6.20 wanita berkenaan.

Fuh, pasal toilet pun boleh gaduh ye…

Baca: Beli Barang Dapur RM5K, ‘Influencer’ Mengamuk Sebab Staf Pasaraya Tak Tolong Angkat Barang?

Influencer Lotus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.