Polis sedang menyiasat tindakan segelintir peserta Himpunan Turun Anwar yang membawa patung mirip Perdana Menteri dalam perhimpunan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Menurut sumber, kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, polis telah mengesan patung tersebut di sekitar Masjid Negara dan telah mengambil rakaman video sebagai bukti.
Artikel berkaitan: 18,000 Hadir Himpunan Turun Anwar Di Dataran Merdeka, Polis Sahkan Tiada Insiden Tak Diingini
Artikel berkaitan: “20 tan sampah?” – Pembangkang Tempelak Kenyataan Nga Kor Ming, Dakwa Angka Tak Masuk Akal
“Seperti mana kita jelaskan tempoh hari sekiranya ada salah laku yang melanggar undang-undang di mana-mana akta, kita akan ambil tindakan.”
Mengulas lanjut, pihaknya menerima empat laporan berhubung perhimpunan itu yang mana satu kes mengenai patung mirip PMX, manakala tiga laporan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berhubung penerbangan dron.
Ujarnya, penggunaan dron adalah tidak dibenarkan semasa perhimpunan tersebut berlangsung.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan tiada laporan diterima berhubung dakwaan penyebaran risalah ekstremis ketika perhimpunan berkenaan.
Sumber: Harian Metro