Setakat ini, polis telah menyangkal dakwaan kononnya kejadian kereta dipandu budak lelaki berusia enam tahun sehingga terbabas dikaitkan dengan unsur mistik.
Dalam pada orang ramai berasa ‘tertipu’ dengan dakwaan tersebut, ada pihak yang mendakwa budak lelaki yang tahu mengendalikan kereta itu pernah bermain permainan simulator kereta lumba.
Video yang memaparkan seorang budak sedang memandu simulator kereta lumba di rumah tular di laman media sosial sehinggakan ramai yang mempercayainya.
Pun begitu, pemilik asal video tersebut tampil menafikan dakwaan kes budak memandu kereta itu adalah budak yang sama dalam video tular terbabit.
Menurut pengguna TikTok @eqyrunner, budak dalam video terbabit merupakan anaknya tetapi tiada kaitan denga kes berkenaan.
“Budak ini ke. Kalau awak cakap budak ini awak dah fitnah,” tulisnya di ruangan kapsyen video.
@eqyrunner untuk makluman semua.. nak viral ke ape cek dulu sejarah, background mak bapak dia.. ada ke patut anak aku yg kes kat langkawi tu #langkawi #6tahun #viralvideo #vios #accidentlangkawi #viral6tahunbawakereta @Crewhankook botak @wawa_soib
Dia juga meminta pihak yang menyebarkan video terbabit dengan dakwaan tersebut untuk memadamkan video itu. Malah, dia juga tidak membenarkan anaknya itu membawa kereta sebenar.
Meninjau profil akaun TikTok berkenaan, lelaki itu dipercayai seorang pelumba yang aktif dalam bidang permotoran tempatan dan turut mendedahkan anaknya dalam bidang tersebut.
Sepatutnya check dulu betul ke tidak video yang nak dikongsikan. Tak pasal-pasal kena minta maaf.
Baca: “Tahu fungsi pedal minyak & gear” – Polis Sahkan Budak 6 Tahun Bawa Kereta Tiada Unsur Mistik