in

Tular Video Aisar Khaled Dihalau Ketika Beri Sumbangan, Penduduk Bali Dedah Situasi Sebenar

aisar khaled penduduk bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat pempengaruh terkenal, Aisar Khaled ketika menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia kurang disenangi segelintir penduduk tempatan.

Hal ini berikutan tular video Aisar dikerumuni penduduk setempat, namun tiba-tiba situasi bertukar tegang apabila seorang lelaki datang dan mengherdik pempengaruh tersebut.


Bukan sahaja dimarahi, malah, lelaki itu menuduhnya hanya mahu mencari perhatian dan populariti.

“Pergi kamu. Jangan kamu masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan. Alihkan kenderaan,” katanya.

Artikel berkaitan: Aisar Khaled Hadir Pengebumian Affan Kurniawan, Mangsa G*lis Kenderaan Taktikal Polis Indonesia

Artikel berkaitan: “Suka-suka je nak pegang” – Tangan Aisar Khaled Ditepis ‘Bodyguard’ Naib Presiden Indonesia

Enggan masalah berlarutan, Aisar akur dan segera meninggalkan lokasi tersebut. Insiden ini tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

@krs18.id

aisar Khalid di usir saat beri bantuan untuk warga Bali #aisardiusir #aisarkhaled #diusirwarga #fypシ #fyp

♬ suara asli – Krs18 – Krs18

Penduduk jelaskan situasi sebenar

Susulan insiden itu, segelintir netizen menyifatkan penduduk di sana seakan tidak bersyukur dengan kebaikan orang luar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika kejadian tersebut.

Kata seorang penduduk, ketika hari kejadian, petugas pembersihan, pihak berkuasa dan penduduk setempat sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan mereka selepas banjir.

Menurutnya, pergerakan jentera berat seperti lori sampah yang sedang mengejar masa terhalang apabila penduduk mula berkerumun untuk mendapatkan bantuan yang diagihkan Aisar.

549743177 18316564438245584 9082 550351930 18316564447245584 4427

Jelasnya, Aisar sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pihak berkuasa atau ketua kampung dan bukannya menerjah lokasi itu sehingga menganggu kelancaran kerja-kerja pembersihan.

Katanya, di situ telah disediakan pondok khas untuk menempatkan barang bantuan tanpa perlu memasuki kawasan terjejas.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.