in

Tular Sekumpulan Individu Berarak Kibar Bendera China Di Teluk Intan, Penganjur Mohon Maaf

Perarakan Bendera China Di Teluk Intan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial gambar dan video berdurasi sekitar seminit memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera China berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Perkongsian video itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai, rata-ratanya menyuarakan kebimbangan kerana boleh membangkitkan isu sensitif.


Penganjur mohon maaf

Susulan insiden itu, Persatuan Kebudayaan Guan Gong membuat permohonan maaf dan mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh rombongan yang berasal dari China serta tidak membabitkan warga Malaysia.

Artikel berkaitan: “Maaf atas kecuaian guru tersebut” – JPN Siasat Cikgu Reka Poster Merdeka Guna Gambar Tentera China

Artikel berkaitan: Kementerian Luar Malaysia Siasat Nota Diplomatik China Yang Tular

Pengerusinya, Soon Boon Hua, berkata tindakan mengibarkan bendera berkenaan tidak dirancang serta tiada dalam atur cara yang disediakan pihaknya selaku penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Malaysia.

@hamidahahmad51

Tular video sekumpulan individu dipercayai berbangsa Cina berarak sambil mengibarkan bendera negara China di sekitar menara condong Teluk Intan. Berita Penuh: – https://tvpertiwi.com/2024/10/25/video-sekumpulan-individu-berarak-sambil-kibar-bendera-china-cetus-tanda-tanya/ #tvpertiwi

♬ original sound – HamidahAhmad – HamidahAhmad

“Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang sudah berlangsung beberapa tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak adalah salah satu stesen yang terbabit.

“Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan adalah tidak terkecuali daripada itu.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden itu dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program,” katanya.

Perarakan tiada permit polis

Sementara itu, polis mengesahkan perarakan mengibarkan bendera negara asing itu diadakan tanpa permit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata perarakan berunsurkan keagamaan membabitkan kereta berhias itu berlangsung dari jam 8 malam hingga jam 11.30 malam semalam dan disertai kira-kira 400 penonton.

“Polis sudah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan,” katanya.

Susulan itu, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.