Kisah mengenai gangguan ketukan pintu pada waktu malam bukanlah isu asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Kebanyakannya dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus dan unsur mistik yang tidak diketahui puncanya.
Terbaharu, tular sebuah rakaman CCTV yang memaparkan kejadian bunyi ketukan di pintu rumah yang didakwa berlaku di Parit Raja, Ayer Hitam, Johor.
Artikel berkaitan: Misteri Gerai Sate 50 Sen Di Klang, Individu Terkejut Rupanya Kedai Tak Wujud Hanya Ada Tapak Usang
Artikel berkaitan: “Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, jelas kedengaran bunyi ketukan hingga mengganggu burung di sekitar kawasan rumah berkenaan.
Pemilik video turut mendakwa bahawa terdapat kelibat bayang-bayang yang cuba mengetuk rumah tersebut.
Malah, selang beberapa saat, rumah di sebelah juga turut menerima gangguan ketukan misteri tersebut.
Penduduk percaya ada individu test ilmu hitam
Memetik sumber Harian Metro, ketukan misteri itu berlaku sejak malam Khamis lalu dan didakwa ia ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
“Ada yang mengatakan bahawa, kejadian ini ada kaitan dengan amalan ilmu hitam kerana ada individu mahu test kekuatan ilmu itu, namun sejauh mana kebenaran saya tidak pasti.
“Bayangkan kalau rumah saya sahaja yang kena ada juga logiknya, ini satu kampung kena usik. Kami tidur pun tak lena akibat ketakutan bunyi ketukan itu,” kata seorang penduduk kampung.
Katanya lagi, pasukan paranormal yang menjalankan perubatan Islam datang ke kampungnya memaklumkan memang ada makhluk yang mengganggu di situ.
Sumber: TikTok, Harian Metro