in

Tular Rakaman Anak OKU Berjalan Seret Lutut Ke Kantin, YDP PIBG Perjelas Situasi Sebenar

Ft Anak Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular satu video murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang berada di kawasan kantin sekolah berjalan secara melutut tanpa sebarang alat bantuan.

Ia telah menimbulkan kebimbangan ibu kanak-kanak terbabit yang melihat situasi itu dan sekaligus meluahkan rasa kecewanya di media sosial dengan mendakwa guru atau Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tidak memantau keadaan si anak.


Artikel berkaitan: “Ibu bapa saya normal, cuma mata mereka tak nampak” – Perkongsian Anak OKU Penglihatan Buat Ramai Rasa Hiba

Artikel berkaitan: Lelaki Mengaku R*gol Gadis OKU, Polis Sangkal Dakwaan Atas Dasar ‘Suka Sama Suka’

“Dunia sangat kejam. Di mana cikgu, di mana PPM? Pergi kantin berlutut tiada pantauan, luluh hati mama tengok.”

Screenshot 2026 01 29 173215

Berikutan dengan penularan video tersebut, ia membuatkan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jeehan Adam dari sekolah tersebut terpanggil untuk tampil memberi respon memandangkan banyak kecaman yang diterima daripada netizen.

Menurutnya, rakaman yang dimuat naik oleh ibu murid tersebut di media sosial menimbulkan salah faham kerana murid yang menghidap cerebral palsy itu sebenarnya pada waktu itu dalam keadaan teruja apabila mendapat tahu ibunya datang ke sekolah.

“Si anak sangat teruja bila ibu datang. Dari dalam kelas, terus keluar untuk tunjukkan kepada si ibu kantin sekolah dan kawan-kawan di situ. Si ibu pula rakam dan viralkan seolah-olah anak diabaikan guru.”

“Walker (alat bantuan berjalan) tidak digunakan di dalam kelas. Anak tersebut baru sahaja bersekolah di situ. Untuk pengetahuan semua, sekolah tersebut adalah antara sekolah terbaik dalam mendidik murid PPKI.”

Jelasnya, disebabkan video pendek itu tular, warga sekolah kini terpalit dengan daripada kecaman netizen, bahkan guru-guru terpaksa memberi penjelasan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Mohon ‘hadam’ dan fahamkan. Guru-guru sangat menjaga murid-murid, kerana video pendek ni seluruh guru dan sekolah dipersalahkan.

“Guru-guru bukan sahaja kena menjawab di hadapan JPN dan PPD. Netizen tidak kurang memaki hamun. Tidak adil sekiranya netizen tidak siasat cerita sebenar. Mohon semua faham dan berhenti mengecam,” katanya.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.