Bagi mereka yang kerap kali scroll timeline TikTok, ada di antara korang pasti pernah terlihat video berkenaan kisah Tiko dan ibunya, Bu Eny yang hidup dalam serba kedaifan walaupun tinggal di dalam banglo yang agak besar.
Kisah yang kini sedang hangat diperkatakan di negara jiran, Indonesia itu katanya mulai tular selepas seorang influencer, @nyongallee_ memuat naik video reels berkaitan rumah terbengkalai itu pada awal Disember lalu.
https://www.instagram.com/p/CmVeC-gp8f8/
Pada awalnya rumah tersebut dianggap seram dan tidak berpenghuni, namun hasil siasatan influencer berkenaan mendapati ia didiami oleh Tiko, 23, dan ibunya, Bu Eny yang mempunyai masalah mental.
Rumah yang terletak di Cakung, Jakarta Timur itu juga dilihat berada dalam keadaan tidak terurus, kotor, penuh debu serta ditutupi pepohon yang besar dan menjalar.
Kisah sedih Tiko & Bu Eny
Menurut Tiko, episod duka dalam kehidupannya bermula selepas ibu dan ayahnya bercerai ketika dia masih bersekolah lagi.
Akibat daripada penceraian itu, ibunya mengalami masalah depresi dan sikapnya perlahan-lahan berubah menjadi seorang pemarah.
Waktu tepat (alami gangguan jiwa) kurang tahu, yang jelas sejak ditinggal papa sekitar tahun 2020, 2011,” kata Tiko.
Katanya lagi, bapanya yang berusia 80 tahun ketika penceraian itu berlaku meninggalkan mereka berdua tanpa sebarang nafkah sehingga rumah tersebut jadi terbengkalai tanpa kemudahan air dan elektrik.
@kompascom Tiko, anak yang merawat ibunya selama 11 tahun di rumah terbengkalai. #tiko #ibueny #rumahterbengkalai #fyp #tiktokberita
Pada awal dua bulan penceraian, Bu Eny katanya masih bersifat normal dan keluar menjual makanan demi mencari wang untuk keluarga. Namun hal tersebut tidak lama kerana ibunya jatuh sakit dan tidak mampu keluar rumah lagi.
Tiko berhenti sekolah, jaga ibu sakit selama 11 tahun
Disebabkan hal tersebut, Tiko terpaksa berhenti sekolah dan menjaga ibunya sendirian selama 11 tahun.
Sepanjang tempoh itu, tiada saudara yang melawat atau membantu mereka dan Tiko akhirnya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.
Kisah viral ini kemudian telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah golongan Youtuber dan influencer yang kini bergotong royong membersihkan rumah banglo dua tingkat itu seperti sediakala.
@musrymery akhirnya tiko anaknya Bu Eni setuju bahwa ibunya dirawat di RSJ, kita bantu do’a untuk kesembuhan Bu Eni🤲 #viraltiktok #buEni #danTiko #fypシ
Dalam pada itu, Tiko dan ibunya telah dibawa keluar dari rumah itu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.
Bagus anak dia. Sanggup bertahan hidup susah senang dengan ibunya yang sakit tu.
Baca: [VIDEO] Sedih! Wanita Kongsi Kisah Dia & Adik-beradik Dihalau Dari Rumah Lepas Ibu Meninggal