Kemeriahan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) menjadi bualan ramai, ternyata pameran sebegini menarik perhatian ramai dengan penyertaan lebih 30 negara.
Antara yang mencuri perhatian ialah pasukan aerobatik Black Eagles dari Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) yang memberikan persembahan luar biasa, bukan itu sahaja, salah seorang juruterbangnya tular baru-baru ini kerana mempunyai rupa paras persis aktor Korea.
Menurut laporan Kosmo!, orang ramai hari ini menyerbu pasukan berkenaan sejurus selesai melakukan pertunjukan udara menggunakan pesawat jenis T50-B.
Panggilan seperti ‘oppa’ dan ‘ahjussi’ mengerumuni juruterbang tersebut ketika mengadakan sesi bertemu mesra dengan pengunjung LIMA’23, dalam video itu kelihatan ramai golongan wanita yang teruja melihat juruterbang tersebut.
View this post on Instagram
Sebagai info, lebih 45,000 pengunjung datang memeriahkan LIMA tahun ini dan edisi yang ke-16 kali ini telah pun berlangsung sejak 23 Mei lalu dan akan berakhir esok (27 Mei).
Korang sempat tak pergi LIMA tahun ni?
Baca: [VIDEO] Ramai Gadis Cair Tengok Oppa ‘Pilot’ Korea Di LIMA Langkawi