in

Tular Isu Pengusaha Restoran Didakwa Letak ‘Special Ingredient’ Dalam Makanan, KKM Bakal Ambil Tindakan?

kkm ambil tindakan restoran special ingredient

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pengusaha restoran yang mendakwa telah meletakkan ‘special ingredient’ di dalam makanan seorang influencer baru-baru ini kerana terkilan dengan review makanan yang diterima terhadap restorannya telah menerima respon hangat netizen.

Isu itu yang tular di Twitter itu kemudian telah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi tweetnya yang memaklumkan bahawa mereka bakal mengambil tindakan sewajarnya akan hal tersebut.


KKM

“Berkenaan special ingredient… hanya strategi marketing yang saya tahu akan boom” 

Dalam pada itu, pengusaha makanan tersebut dalam satu posting di Facebook ada menyatakan bahawa isu special ingredient yang digembar-gemburkan itu hanyalah sekadar marketing semata-mata.

Menurutnya, dia tak kisah sama ada influencer akan memberi review baik atau buruk berkenaan makanannya kerana dia sudah mempunyai pelanggan tetap yang akan datang ke restoran tersebut.

Berkenaan drama special ingredient ini, ia hanyalah strategi marketing yang saya tahu ia akan boom. Jangan risaulah makanan korang semua selamat dimakan. Ia hanya prank. 

“Maaf dengan semua drama ini. Satu Malaysia kena tipu. Apa-apapun terima kasih sebab support bisnes saya,” katanya.

tom 1

 

Walau bagaimanapun, netizen di media sosial tetap menggesa pihak berkuasa dan KKM untuk menyerbu restoran berkenaan dan membuat pemeriksaan sewajarnya kerana bimbang dengan dakwaan peniaga tersebut sebelum ini.

kkm ambush

Diharapkan pengusaha restoran di luar sana mengambil iktibar akan hal tersebut dan sentiasa menjaga kebersihan makanan buat pelanggan. 

Baca: Pengusaha Restoran ‘Triggered’ Dengan Review Makanan, Dakwa Letak ‘Special Ingredient’

restoran food review 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.