in

Tular Isu Non Muslim Tak Dibenarkan Dine-in Sebelum Pukul 3, Majlis Daerah Beri Penjelasan

Tak Boleh Dine Masa Bulan Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, bila tiba bulan Ramadan, kebanyakan kedai yang dioperasikan oleh mereka yang beragama Islam tidak dibuka pada waktu pagi dan hanya akan dibuka sekitar jam 3 petang ke atas untuk juadah berbuka puasa.

Walau bagaimanapun, timbul kekeliruan baru-baru ini apabila seorang individu yang merupakan non-muslim mendakwa dia tidak dibenarkan untuk dine-in di sebuah restoran sebelum jam 3 petang.


Menurut perkongsiannya di Twitter, kejadian tersebut berlaku di Seri Iskandar, Perak dan tular juga sebuah notis yang menjelaskan mengenai larangan menjalankan operasi perniagaan premis makanan sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan.

Bulan Puasa

Puasa

 

“Tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam” 

Susulan isu tersebut mendapat perhatian di media sosial, Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Mohd Syukri Azaari menjelaskan bahawa notis larangan tersebut yang dikeluarkan MDPT hanya melibatkan peniaga beragama Islam, lapor Sinar Harian.

Pihaknya juga telah mengeluarkan notis pembatalan surat yang tular itu, berkuatkuasa Khamis lepas kerana timbul salah faham dalam kalangan netizen dan masyarakat umum berkenaan notis berkenaan.

Surat seumpama ini dikeluarkan setiap tahun oleh pihak MDPT sempena ketibaan bulan Ramadan yang ditujukan kepada pengusaha premis makanan beragama Islam dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Hiasan

Pihak MDPT juga memohon maaf atas kekeliruan yang dialami mana-mana pihak berhubung surat tersebut.

Kesemua pengusaha premis makanan dan pelanggan walau bagaimanapun dinasihatkan untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan ketika menjalani ibadah puasa yang mulia ini.

Oh hanya kekeliruan je. Kesian pulak non muslim kalau tiba-tiba kena puasa sekali sebab tak boleh dine-in. 

Baca: Berbuka Awal Sebab Kesilapan Azan Di Radio, Puasa Dianggap Terbatal – Dr Zulkifli Al-Bakri 

Untitled Design 2022 04 04T150129.031

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.