Kegembiraan ternyata terpancar di wajah-wajah rakyat beberapa hari ini selepas kerajaan akhirnya membuat pembayaran ‘one-off’ bagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.
Susulan dengan isu ini, baru-baru ini, tular pula sebuah gambar yang memaparkan seorang wanita dilihat memegang wang RM10,000 yang dipercayai telah diberikan oleh anaknya.
Gambar ini mendapat pujian netizen disebabkan sikap murni anaknya dan sekaligus juga menimbulkan tanda tanya mengapa memberikan wang KWSP itu kepada si ibu.
Memang sudah berniat dari awal…
Menurut mStar, anak kepada wanita berkenaan, Amran Aminudin berkata, dia sememangnya dah berniat sejak awal lagi ingin menyerahkan wang tersebut kepada ibunya, Hajjah Nulia, 64, ketika kerajaan mengumumkan pengeluarkan khas tersebut.
Dia yang berusia 32 tahun berkata, sebaik permohonannya diluluskan dan berjaya mengeluarkan wang berkenaan, dia segera membuat kejutan pada ibunya.
Saya ajak ibu pergi ke bank dan dia menunggu di dalam kereta. Ibu tak tahu pun saya ke bank atas urusan apa. Apabila saya serahkan wang kepadanya, ibu speechless.
“Ibu tanya dari mana dapat duit banyak macam ini dan saya akhirnya beritahu dia. Ibu tanya kenapa tak simpan saja untuk digunakan pada hari tua atau buat duit kahwin,” katanya
Dia berkata, buat duit kahwin dia sudah menyediakan tabungan lain, namun wang tersebut telah dikhaskan buat ibunya.
Ibu saya dah tua, saya masih muda tapi kita tak tahu ajal masing-masing. Saya bimbang tak dapat beri kesenangan kepadanya. Mungkin bagi orang lain RM10,000 itu tak seberapa, tapi ia besar bagi saya,” katanya lagi.
“Apa yang dibuat ini bukan untuk pujian”
Tambah Amran lagi, dia juga tidak menyangka perkongsiannya di Facebook tular dan tidak sama sekali berniat untuk cari publisiti serta hanya mahu berkongsi kegembiraan kerana dapat memanfaatkan wang kepada ibu tercinta.
“Apa yang dibuat ini bukan pujian. Sebelum ini juga saya biasa berkongsi mengenai apa yang saya lakukan untuk ibu bapa. Saya harap sedikit sebanyak dapat jadi sumber inspirasi kepada orang lain. Namun kesedaran datang dari diri sendiri.
“Saya sedar ada yang kata saya menunjuk, ada yang ingatkan bahaya bimbang kena rompak. Bagi saya itu sudut lain. Saya harap orang ramai terima secara positif dan lihat apa mesej yang nak disampaikan,” katanya.
Apa-apapun min doakan semoga Amran dan ibunya sihat-sihat sentiasa. Teruskan menjadi inspirasi buat orang ramai di luar sana.
Baca: “Jangan palatao” – Bank Susah Nak Bagi Pinjaman Lepas Keluar Simpanan KWSP? Ini Penjelasan Bank…