Semalam, tular satu gambar kemalangan ngeri menunjukkan seorang lelaki tersepit di celah tayar dan mudguard sebuah kereta Myvi.
Gambar tular tersebut membuatkan ramai yang hairan tentang bagaimana ia boleh berlaku serta turut tertanya-tanya keadaan sebenar mangsa kemalangan tersebut.
Ekoran ini, Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Bahrin bin Mohd Noh telah mengeluarkan kenyataan mengenai kemalangan yang berlaku di KM 58 Jalan Jementah – Muar di Segamat, Johor.
Menurut Bahrin, kemalangan yang berlaku jam 2.30 tengahari semalam ini melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dan satu motosikal.
Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki ini telah membuat perjalanan dari Jementah mahu menghala ke Segamat sebelum sebuah motosikal yang ditunggang oleh lelaki lain tiba-tiba keluar dari bahu jalan untuk melalui laluan yang sama.
Disebabkan jaraknya dengan kereta tersebut terlalu dekat, penunggang telah gagal mengawal motornya sebelum melanggar bahagian tepi sebelah kiri kereta.
Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal telah terjatuh di atas jalan raya dan telah diseret ke bahu jalan. Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh pihak Ambulan Klinik Kesihatan Jementah.”
Selain itu, pihak polis turut meminta mana-mana saksi yang melihat kemalangan ini untuk ke Balai Polis Trafik Segamat bagi memberikan maklumat.
Allahu, kesiannya…
Sumber: Twitter