in

Tular Berzumba Tak Pakai Kain, Wanita Mohon Maaf Kata Ianya Spontan

ft wanita berzumba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, tular satu video sekumpulan wanita melakukan senaman aerobik sambil berpakaian baju kurung sekolah di media sosial. Apa yang mengejutkan, ada antara mereka mengenakan pakaian tidak senonoh.

Video tersebut memperlihatkan ada yang memakai baju kurung sekolah lengkap bertudung tetapi tidak berseluar atau berkain sementara seorang lagi memakai seluar yang ketat (leggings).


Artikel berkaitan : “Ceria betul!”- Netizen Terhibur Tengok Pesakit Covid-19 & Frontliner Berzumba

Artikel berkaitan : Pemakaian Topeng Muka Buat Kaum Adam Nampak Lebih Menarik di Mata Wanita, Betul Ke?

Berlaku secara spontan

Screenshot 2026 01 19 114057

Menurut foto tangkap layar daripada satu sesi live itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Bukit Badong, Selangor. Ia telah mengundang kecaman hebat daripada orang ramai, bahkan ada yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Bagaimanapun, terpanggil dengan tular isu tersebut, wanita yang dipercayai tuan empunya badan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video. Dalam video tersebut, wanita yang memakai pakaian lengkap sekolah tampil menyatakan bahawa perkara yang terjadi itu berlaku secara spontan.

Ikuti penjelasannya di bawah ini.

Polis buka kertas siasatan

Kehangatan isu tersebut telah mendapat perhatian pihak polis. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin berkata, polis kini sedang membuka kertas siasatan selepas mengesan gambar dan video aktiviti tersebut di Facebook pada jam 11.13 pagi semalam.

Kata beliau, senaman aerobik tersebut juga telah dibuat secara langsung dalam aplikasi TikTok. Beliau mengesahkan tindakan terbabit diadakan di Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Screenshot 2026 01 19 114125

“Semasa berlangsung, terdapat seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah tidak memakai kain manakala seorang lagi hanya memakai seluar ‘legging’.”

Memetik laporan Harian Metro, hasil siasatan awal mendapati bahawa aktiviti senaman aerobik atau zumba tersebut bertemakan ‘Back To School’.

Jelasnya, salah seorang dari pengikut menanggalkan kain sekolah yang dia pakai dengan alasan untuk memudahkan pergerakan.

“Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.”

Sumber : Threads, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.