Bila dah berkahwin banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya bab-bab pengurusan diri antara pasangan. Misalnya, kita boleh lihat sudah ramai para isteri di Malaysia ini yang lebih suka menyediakan bekal makanan untuk para suami sebagai santapan tengah hari.
Mengurus keluarga juga telah menjadi keutamaan dalam kalangan para isteri agar memastikan suami dan anak-anak sentiasa dalam keadaan rapi dan terjaga. Hebat bukan?
Member kena bahan sebab bawa bekal makanan masakan isteri
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan sekumpulan kawan yang sedang makan di restoran. Lebih menarik perhatian apabila salah seorang daripada mereka telah ‘dibahan’ kerana membawa bekal makanan masakan isteri bersama.
@bosshukex Sedihkan saya kena buli …hahah
“Ini kalau bawa tupperware tak bawak balik nanti. So, letak dalam bekas aiskrim ni buang pun takpe.”
Video tersebut meraih perhatian netizen terutamanya para isteri yang dilihat back up abang yang membawa bekal makanan masakan isteri ke restoran. Apa salahnya kan bawa bekal isteri… sedap tu!
Tak lama kemudian, giliran kawan yang bahan pula kena balik siap sorok dalam baju!
Orang kata jangan suka sangat nanti kena balik. Itulah yang boleh digambarkan pada video seterusnya yang menunjukkan situasi lelaki yang membahan abang itu sudah terkena balik apabila isterinya telah menyiapkan bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja. Yang paling kelakar, siap sorok dalam baju hahahaha..
@bosshukex Replying to @Siti Nur Sofiya Bahan org no 1. Baru tahu menyorok bekal. Haha
“Dia kena paksa bawa bekal. Dia dah kahwin haritu. Bahan orang nombor satu.”
“Baru dia tahu malu.”
Netizen terhibur dan puas bila kawan kena bahan balik
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan ada juga yang meluahkan rasa puas hati akhirnya kawan tersebut terkena balik.
Ada juga para isteri yang berkongsi sekali pengalamannya menyiapkan bekal makanan untuk suami di ruangan komen dan meminta untuk para suami menghargai air tangan isteri dan tidak perlu rasa malu untuk dibawa ke tempat kerja.
Buat apa nak malu bawa bekal makanan isteri ye? Yang penting kita tahu isteri kita sayang kita sebab sanggup bangun awal pagi sebab nak menyiapkan bekal makanan. Terima kasih para isteri di luar sana!