in

“Tulang retak, organ dalaman tak berfungsi” – Lelaki Jatuh Dari Ketinggian 100 Meter Lepas Tali ‘Bungee Jumping’ Putus

Terjun Bungee Jumping
Lobak Merah
Lobak Merah
"Tulang retak, organ dalaman tak berfungsi" - Lelaki Jatuh Dari Ketinggian 100 Meter Lepas Tali 'Bungee Jumping' Putus
Loading
/

Bungee jumping adalah salah satu sukan outdoor dan extreme disukai ramai orang yang suka mencabar adrenaline mereka. Tetapi, malang tidak berbau apabila seorang lelaki terhempas ketika melakukan terjunan bungee jumping baru-baru ini.  Kejadian itu berlaku pada Ahad lepas di sebuah taman tema di Gdynia, Poland.

Menurut Metro, sebuah video menunjukkan tragedi malang penerjun itu terjatuh ke tanah viral di internet. Dalam rakaman tu, mangsa jatuh dengan posisi menjunam selepas tali pengikat terputus ketika dia berada di udara.

Ketika kejadian, beberapa penonton berada di kawasan itu untuk melihat lelaki tu membuat terjunan setinggi 100 meter menggunakan kren.

Terjun1
sumber: metro

Pada permulaan, semuanya teruja selepas terjunan dilakukan namun ketika badan penerjun itu terbang menuju ke bawah tali pengikat terputus dan orang awam semuanya menjerit sebab terkejut dengan apa yang jadi.

Ketika lelaki itu terhempas, jelas kedengaran bunyi dentuman yang agak kuat dan dia terpelanting dari inflatable cushion yang ada di tanah.

Terjun4

Terjun6
sumber: metro

Disebabkan insiden itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang dan beberapa organ dalaman gagal berfungsi. Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kira-kira jam 6 petang itu.

Terjun7

Terjun8
sumber: metro

Mangsa kini sudah stabil dan sedang melalui proses penyembuhan dan perlu memakai kolar ortopedik sehingga pulih sepenuhnya. Menurut pihak polis, lelaki itu disahkan berada di bawah pengaruh alkohol semasa terjunan dilakukan.

Tonton video kejadian:

Ngerinya!

Baca: “Nak dapat ramai viewers punya pasal”-Blogger Dengan 15 Ribu Followers Mati Waktu Buat Live ‘Makan’ Lipan Dan Cicak Tokek

Featured 45