in

“Tula, semua haiwan nak dimakan” – Jangkitan Coronavirus Bermula Dari Sup Kelawar Kegemaran Rakyat China, Dah 17 Orang Maut!

Bat Soup

Semua tahu sekarang tengah kecoh pasal virus korona dari Wuhan, China. Sehingga kini, virus itu telah menyebabkan 17 angka kematian selain lebih 500 turut dijangkiti.

Menurut laporan, dengan populasi 11 juta penduduk di sana penularan virus korona ini dijangka akan meningkat menjelang sambutan Tahun Baru Cina kerana ramai orang Malaysia yang akan pulang ke kampung mereka di China.

Virus1
sumber: twitter

Virus ini dipercayai menular sejak penghujung tahun lalu menerusi haiwan-haiwan liar terutamanya ular yang dijual di pasar dekat bandar Wuhan.

Menurut China, virus itu hampir 70% sama dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang dijangkiti dari kelawar. Disebabkan itu, ramai saintis membuat spekulasi yang kelawar juga mungkin menjadi salah satu penyebab virus ini yang boleh dijangkiti dari haiwan kepada manusia.

Kelawar5
sumber: best china news

https://twitter.com/littleivy6/status/1220213697294897152

Perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana masyarakat di China memang suka makan haiwan liar terutamanya sup kelawar. Orang kaya di sana pun sampai ada yang pernah beli 2,000 ekor kelawar untuk dimakan, jadi tak mustahil kalau virus ini mudah tersebar dalam kalangan manusia.

Kelawar1

Kelawar2

Kelawar3
sumber: china press

Menurut Harian Metro, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak terbabit secara langsung dalam kemasukan individu yang mempunyai wabak ini ke dalam negara.

Namun, mereka ada terima permohonan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menempatkan kakitangan di lapangan terbang. Ia adalah bertujuan untuk membantu menahan pelancong yang didapati membawa makanan mengandungi virus itu. Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata

Mereka (kedua-dua agensi) meminta pegawai kita di lapangan terbang membantu melihat mana-mana pelancong kemungkinan membawa makanan yang mungkin ada virus berkenaan.”

“Namun, KKM mempunyai alat pengimbas khas untuk melakukan saringan kesihatan, jadi kastam tidak terbabit secara langsung sebaliknya hanya membantu menahan (pelancong).”

Virus2
sumber: cnn
Virus3
sumber: asia times

Kerajaan China juga sudah mengingatkan penduduk Wuhan supaya mereka tak keluar dari wilayah berkenaan bagi menghalang wabak itu menular ke kawasan lain. Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wuhan juga telah membatalkan segala lawatan berkumpulan hingga 8 Februari.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pendakatan untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus ini.

Baca: “500 dijangkiti, 17 kematian”- Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China

Featured 50