fbpx
in

Tukang Urut Wanita Dipenjara Sebab Tinggalkan Anak Umur 1 & 6 Tahun Sendirian Di Rumah

Syaz Ft 2024 11 28T104242.202

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak khususnya bayi, perlu dipantau setiap masa, mereka ini terdedah kepada pelbagai bahaya jika tidak diawasi.

Seorang wanita baru-baru ini dikenakan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen Ampang kerana membiarkan dua anak lelakinya yang berusia 14 bulan dan 6 tahun bersendirian di rumah.


Artikel berkaitan: Ibu Bina Penjara Di Rumah Untuk Kurung Anak Ketagih Dadah

Artikel berkaitan: Ibu Terkorban Digil*s Kereta Api Kerana Ingin Selamatkan Anak

Menurut laporan Astro AWANI, wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai tukang urut itu meninggalkan dua anak lelakinya di rumahnya yang terletak di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang.

Cats 30
Gambar hiasan

Hakim Norshila Kamaruddin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Difahamkan, pihak polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa ada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya berumur kira-kira setahun terkurung dalam sebuah rumah dan tertuduh dilaporkan sudah dua hari tidak pulang.

Hasil siasatan mendapati wanita itu telah melakukan pengabaian dengan keluar rumah dan meninggalkan dua anaknya sehingga pihak bomba terpaksa memecahkan pintu untuk menyelamatkan mereka.

Wanita itu telah memberi alasan dia tiada di rumah kerana keluar bekerja di kawasan Pudu sebagai tukang urut.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top