in

Tukang Rumah Jadi Individu Pertama Di Terengganu Dis*bat Depan Khalayak Sebab Berkhalwat

Individu Pertama Hukuman Sebat Depan Khalayak Terengganu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih tidak insaf kerana melakukan kesalahan khalwat berulang, seorang tukang rumah di Terengganu menjadi individu pertama di negeri itu dikenakan hukuman sebat di hadapan khalayak ramai.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.


Hakim menjatuhkan hukuman enam sebatan, denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Artikel berkaitan: 2 Kali Ditangkap Berkhalwat, Ibu Tunggal Jadi Wanita Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat

Artikel berkaitan: “Terlalu sakit, minta berhenti” – Wanita Aceh Menangis Angkat Tangan Minta ‘Stop’, Disebat Depan Orang Ramai Sebab Berzina

Img 20241120 Wa01861 2048X1730 1

 

Kesalahan ketiga tertuduh

Memetik laporan Harian Metro, hukuman sebatan itu akan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.

“Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Mohd. Affendi) pernah disebat dan dipenjara tetapi buat lagi (berkhalwat).

“Hukuman kali pertama sepatutnya sudah memberi keinsafan,” kata Hakim Kamalruazmi.

Hukuman sebat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan ketiganya.

Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman.

Namun, bapa kepada lima anak itu sekali lagi melakukan kesalahan sama pada 25 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan baharu, tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada jam 1.40 pagi pada 16 Jun lalu.

Untuk rekod, tertuduh sebelum ini menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu dikenakan empat sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.