in

Tukang Gunting Rambut Tembak Dua Pelanggannya Sebab Bengang Dah Buat ‘Appointment’ Tapi Tak Datang

Jg4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan ramai yang peniaga yang terkesan akibat pandemik, lebih-lebih lagi yang menyediakan servis perkhidmatan seperti gunting rambut. Stres kalau tak ada pelanggan sebab bukan boleh hantar servis melalui pos macam jual barang.


Tapi, mungkin kisah tukang gunting rambut yang admin nak kongsi ni dia terlampau stres sebab kehilangan pelanggan.

“Tukang gunting rambut tembak pelanggan mungkir janji” – Harian Metro

Dalam keadaan marah, seorang tukang gunting di Georgia bertindak menembak dua pelanggannya yang tidak memenuhi temu janji yang sudah dibuat.

Bagaimanapun, John Digiovanni, 35, sudah ditahan pihak berkuasa pada 30 September lalu selepas mereka mendapat maklumat daripada seorang daripada mangsa.

Jg5

 

Pelanggan buat temu janji tapi tak datang

Menurut sumber, mangsa memaklumkan kepada polis mereka ada buat temu janji untuk potong rambut di salon suspek beberapa hari sebelum kejadian namun tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

 

Suspek tunggu hingga jam 2 petang

John tunggu kehadiran mereka sehingga jam 2 petang pada hari temu janji namun mereka tak muncul-muncul. Hal ini telah mengundang kemarahan John yang kemudiannya menghubungi seorang dari tersebut memarahi dan memaki mereka sebab tak menepati janji.

Pelanggannya yang kemungkinan rasa bersalah ajak John berjumpa bagi menjelaskan keadaan sebenar mereka di sebuah gereja.

Namun, semasa kedua-dua mangsa sampai, tak sempat pun nak bagi penjelasan John jerit ke arah mereka sebelum keluar dari kereta mengacukan pistol dan lepaskan beberapa das tembakan lalu pergi dari situ.

 Jg2

Kejadian berlaku di tempat parkir di sebuah gereja di United Methodist.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik sebab tidak mengalami sebarang kecederaan.

Adoi, nak cancel ke tangguh ke call lah bagitahu. Seram kalau jadi sampai gini.

 

Baca : Kes Tembak Menembak di Hadapan Sekolah, Pemandu BMW Parah Kena 4 Das Tembakan Pada Dada, Tangan dan Kaki

Jg

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.