in

Tuan Rumah Mahu Seks Dan Gambar Bogel Sebagai Ganti Bayaran Rumah Sewa Semasa Krisis Covid-19

Untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan jutaan orang di dunia kehilangan sumber pendapatan ekoran banyak pejabat dan restoran yang terpaksa ditutup untuk mengurangkan kadar penyebaran virus.

Melihatkan situasi ini, banyak pihak yang tampil dengan membantu golongan memerlukan di dalam pandemik ini.


960X0

Lain pula yang terjadi di Amerika Syarikat apabila pemilik rumah sewa mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk membantu meringankan beban para penyewa.

Sebagai ganti kepada bayaran rumah sewa, dilaporkan ramai pemilik rumah sewa yang meminta servis seks dan gambar bogel kepada penyewa wanita sebagai alternatif lain.

Berdasarkan survey yang dijalankan oleh Shelter Scotland, seramai 220,000 wanita melaporkan mereka telah menerima permintaan untuk melakukan seks bersama tuan rumah sebagai ganti kepada kos pembayaran.

Sexual Harassment Fb 3

Malah, beberapa kes ini seperti ini dilaporkan sudah terjadi pada bulan Februari lepas dan epidemik ‘seks untuk sewa’ ini seolah-olah sudah menjadi satu trend di Amerika Syarikat.

Mengambil kesempatan di dalam kesempitan, inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku di Amerika Syarikat. Jika anda turut mengalami situasi yang sama, laporkan isu ini kepada pihak berwajib!

Sumber: Daily Star

 

BACA: Geng Mafia Itali Beri Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Setempat Ekoran Covid-19

Cats 5

Sumber: Forbes
Sumber: Fortune

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.