Kegagalan membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada OWA Resources Sdn. Bhd. menyebabkan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah melaksanakan writ penyitaan dan penjualan harta usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat.
Isu tersebut yang menjadi perbincangan hangat netizen kemudian telah dijelaskan Sajat menerusi satu sesi live di Instagram dan telah dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Menurutnya, dia kini tidak kisah tentang apa yang bakal berlaku kepada harta miliknya di Malaysia dan menganggap ia hanyalah ‘saki baki’ harta yang ditinggalkan di negara asal.
“Kan i dah cakap I tak kisahlah”
Sajat di dalam video yang tular itu juga mengatakan apa yang ditinggalkannya merupakan saki baki harta miliknya yang mana kebanyakannya sudah dibawa ke Australia.
Malah tambahnya lagi, dengan penyitaan tersebut segala hutangnya yang tertunggak akan dibayar dan semua hartanya di Malaysia itu tidak berguna lagi kerana dia sudah menjadi permanent resident (PR) di Australia.
Biarlah harta kat Malaysia kena sita pun sayang. Kan I dah cakap, I tak kisah pun harta-harta I kat Malaysia tu. Yang penting pun I dah bawa dah harta-harta I kat sini. Tu saki baki je.
“Nanti kalau dorang dah sita, dorang settlekan hutang-hutang tu, lepas tu dahlah habislah cerita I.
“I memang dah tak boleh balik Malaysia dah. I kan PR kat sini. Kalau I balik Malaysia pun tak guna, kalau I ada harta kat Malaysia pun tak guna,” katanya.
“Cuma I terkilan sebab perundangan Malaysia…”
Walaupun Sajat tidak lagi kisah mengenai isu hartanya dan hanya mahu fokus untuk perniagaannya di tempat baru, dia mengakui agak terkilan dengan perundangan Malaysia yang katanya melakukan perlaksaan penyitaan tersebut tanpa keberadaannya di Malaysia.
“You dah tahu I dekat sini tapi kenapa laksanakan perintah tu? Lawyer I pun dah bagitahu anak guam saya tak ada di sini tapi tetap mereka nak jatuhkan saya bankrupt.
“Saya rasa tak adil sebab kena ada toleransi. Tapi biarlah bankrupt kat Malaysia. Kat sini I okay,” katanya.
@sajjadlegacy tak kisah kena sita
Video yang mendapat lebih 20,000 tontonan itu telah memperoleh pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya masih berharap Sajat berubah dan kembali ke pangkal jalan.
Apa-apapun diharapkan isu mahkamah tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya oleh pihak-pihak yang terlibat.