Kita memang susah nak percaya kalau ada kes pasal isteri dera suami, tapi hakikatnya memang banyak sampai ada yang takut nak buka mulut bagitahu orang.
Macam kes dekat China ni, seorang budak berusia 7 tahun dipukul dengan besi oleh mak tiri dia selama satu jam hanya kerana dia lambat sangat habiskan makanan. Seriouslahhh
Menurut China Press, budak perempuan yang dikenali sebagai Guo Mou ini dikatakan tengah makan tengahari dengan keluarganya bila ibu tirinya mula mengugut budak ini.
Kalau kau makan lambat sangat, aku pukul kau!”
Ibu tiri ini kemudian membawa Guo ke dalam bilik dan tutup pintu sebelum dia memukul budak malang ni dengan batang besi.
Walaupun bapa budak ini turut sama ada ketika insiden ini berlaku, lelaki ini hanya mampu berdiam diri di luar bilik kerana dia takut nak masuk campur sebab isteri dia pernah dera dia secara fizikal sebelum ini.
Malangnya, bila bapa ini buka pintu, dia temui anaknya dah cedera parah. Lelaki tersebut kemudian bergaduh dengan isterinya sebelum keluar dari rumah untuk hisap rokok dan tenangkan diri.
Bila bapa ini pulang ke rumah, isterinya masih lagi menolak permintaan dia untuk menghantar anaknya ke hospital.
Bila budak ini dah dalam keadaan kritikal, barulah wanita kejam ini biarkan suaminya untuk kejarkan anaknya ke hospital. Namun, dah terlambat. Guo disahkan mati dalam masa 10 minit.
Dilaporkan, ibu bapa kandung budak ini dah bercerai masa dia berusia dua bulan. Pun begitu, bapanya ini merasakan Guo perlukan seorang ibu untuk menemaninya kerana itu dia berkahwin lagi sekali.
Bapa ini terkejut dengan kematian anaknya walaupun isterinya ini memang selalu bertindak kasar. Menurut lelaki ini, isterinya selalu pukul anaknya atas sebab yang remeh tapi tak pernah sampai ke tahap ini.
Kalau cepat hantar budak ni ke hospital, mungkin dia sempat diselamatkan…
Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu