in

“Tu la degil lagi” – Sebabkan Ingkar Larangan Merokok, Pelanggan Cedera Dilibas Pisau

Ft Bunuh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Larangan merokok di premis makanan sudah lama dikuatkuasakan, namun masih ada yang berdegil.

Namun siapa sangka angkara kedegilan itu menyebabkan nasib malang menimpa diri sendiri. 


Kejadian yang berlaku di Kulim menyebabkan seorang lelaki berusia 51 tahun mengalami kecederaan di perut selepas dilibas dengan pisau pemotong daging oleh seorang pemilik premis makanan. 

Mak aih sampai macam tu sekali!

Mangsa dikatakan telah menghisap rokok di dalam kedai milik lelaki itu namun perbuataannya di tegur oleh pemilik kedai lapor Harian Metro

Capture . 2

Teguran tersebut tidak diendahkan oleh mangsa menyebabkan pemilik kedai dikatakan melibas pisau ke arah mangsa.

Kan dah ada larangan merokok, kenapa la susah sangat nak dengar. Hmm…

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran sehingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.

“Pemilik kedai itu mengambil pisau lalu melibas lelaki itu dan terkena badannya namun dia hanya mengalami cedera ringan di perut kerana sempat mengelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang awam

Selepas menerima aduan, kedua-dua mereka akhirnya ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pada jam 5 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan ditahan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging berukuran 30 meter.

Mungkin niatnya hanya suruh lelaki tu stop merokok di situ, tapi tu la, malang tak berbau bagi kedua-dua pihak…

 

Baca : Kalau aku jadi ayah dia , aku pelempang muka dia Netizen Bengang Tengok Tindakan Melampau Anak Buat Prank Libas Beg Dekat Kepala

Capture . 1 1

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.