in

Trump Dikatakan ‘Tak Dapat Menahan Diri’, Puji PMX Ketika Berucap Di Korea Selatan

donald trump tak dapat menahan diri PMX

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak lawatannya ke Malaysia tempoh hari, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat masih belum ‘move on’ apabila kerap memuji Malaysia dan Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di Korea Selatan pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semalam, beliau telah menyentuh mengenai keamanan serantau sambil menceritakan mengenai Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja.


Kata Trump, Malaysia telah bertindak cemerlang sebagai mediator bagi kedua-dua negara yang bertelegah itu.

Artikel berkaitan: Komen Warga Palestin Lepas Lihat Sambutan Meriah Malaysia Terhadap Trump Undang Pelbagai Reaksi

Artikel berkaitan: “Sempat menari dengan penari tradisional” – Aksi Spontan Donald Trump Sejurus Mendarat Di KLIA Curi Tumpuan

Kami juga menikmati fasiliti terbaik di Malaysia kerana terdapat bahang di antara kedua-dua negara ini (termasuk cuaca). Malaysia memang luar biasa!

“Perdana Menteri (Anwar) juga seorang pemimpin yang amat bagus. Dalam masa dua hari sahaja, kami menandatangani perjanjian damai.

“Dua pemimpin bertemu dan mereka seperti kawan baik. Ia (momen) sesuatu yang sangat indah kerana berjuta nyawa mampu diselamatkan menerusi perjanjian ini, bahkan untuk beratus tahun,” katanya.

3320653

Selain itu, Trump juga menzahirkan harapan agar keamanan kekal selama-lamanya di dua negara berkenaan termasuk di Timur Tengah.

Sebelum ini, Trump tiba Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN bagi memeterai Perjanjian Damai KL dan kemudian terbang ke Jepun dan Korea Selatan untuk kunjungan rasmi di sana pula.

Sumber: Sinar Harian, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.