in

Trending No. 2 Di YouTube, Permainan Sebenar Squid Game Dengan 456 Pemain Kini Ditayangkan!

Page Mrbeast

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya demam Squid Game ni masih lagi belum reda di seluruh dunia. Malah, tetap menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke hari ini. Dengan dah confirm akan ada musim kedua, lagi lah buat ramai tak duduk diam.

Terbaharu, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai MrBeast dengan lebih dari 70 juta subscribers telah berkongsikan video pada 25 November yang menunjukkan permainan Squid Game dimainkan di set yang sebenar. Video tersebut kini trending no. 2 di platform tersebut dengan jumlah tontonan lebih dari 49 juta!


Sama seperti dalam drama Squid Game, permainan-permainan yang akan dipertandingkan adalah Red Light Green Light, The Tug of War, Glass Brigde dan juga permainan guli. Jumlah ganjaran yang ditawarkan juga sama seperti dalam siri tersebut iaitu sebanyak $456,000!

20211126 121711

20211126 121714

20211126 121720

20211126 121716

Namun begitu, pihak MrBeast turut menjelaskan bahawa proses penyingkiran pemain tidaklah sama seperti dalam Squid Game. Pemain yang kalah dalam setiap pusingan, hanya akan ditembak dengan mesin letupan serbuk berwarna dan akan dikenakan di bahagian baju mereka sebagai tanda mereka telah tersingkir.

“Kawasan set The Tug of War dan Glass Bridge juga diletakkan lapik berbuih yang lembut, jadi tiada kejatuhan yang akan menyebabkan kecederaan atau kematian” – MrBeast

Ambil masa seminggu untuk edit!

Bukan itu sahaja, MrBeast turut mendedahkan sebelum ini bahawa dia memperuntukkan masa selama seminggu untuk edit keseluruhan video kerana permintaan yang banyak dari peminatnya. Tambah pula, 456 pemain terus penuh sebaik sahaja dia membuka tawaran tersebut. Tapi tengoklah hasil dia, gempak walaupun seminggu je!

https://twitter.com/MrBeast/status/1463493974975467522?t=PL-1lXWVdtSnooU8u7PnUw&s=19

Menurut IBTimes, proses rakaman untuk video itu telah dijalankan lebih dari 100 kali dan MrBeast sendiri mendedahkan bahawa penghasilan set dan juga rakaman telah menelan kos sebanyak lebh dari $3.5 juta. Difahamkan keseluruhan proses itu telah mendapat tajaan dari pihak mobile game iaitu ‘Brawl Stars’.

Korang kena tengok okay, min baru lepas tengok… Intro je pun nak buat goosebumps!

 

Baca: Pelajar di Korea Utara Dipenjara Seumur Hidup Lepas Kantoi Tonton Squid Game!

Ft Korea Utara Squid Game

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.