in

Trend Remaja Hamil Luar Nikah, Berkhalwat Sudah Berkurangan – Timbalan MB Kelantan

Kelantan Hamil Luar Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah merujuk kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang menunjukkan kes hamil luar nikah berkurang dari 146 pada 2021, kepada 136 bagi 2022, dan 61 tahun lepas.


Artikel berkaitan: Kerajaan Kelantan Takkan Tarik Balik Pengharaman Pawagam, Rakyat Boleh Tengok Netflix

Artikel berkaitan: “Hendaklah dinilai melalui..”- Sebab Kenapa Kahwin Bawah Umur Satu Keperluan Di Kelantan

81717648933 Mohamedfadzlihassa

Kes khalwat di Kelantan berkurangan

Selain itu, Fadzli berkata bilangan kes khalwat di Kelantan turut menunjukkan penurunan drastik daripada 196 kes pada 2022 kepada 86 pada 2023.

“Ini menunjukkan langkah kerajaan melaksanakan pelbagai program sama ada melalui pendidikan, peranan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita berserta pendekatan lain, memberi impak dalam menangani gejala sosial di Kelantan,” katanya.

Tambahnya lagi, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang, Fadzli menyatakan bahawa sebuah jawantkuasa induk telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi menangani gejala sosial di Kelantan.

Jelasnya, bukan sahaja agensi kerajaan Kelantan yang terlibat dalam jawatankuasa terbabit, tetapi turut dianggotai agensi kerajaan Persekutuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.