Serangan udara dari Israel ke atas Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza semalam malangnya telah meragut seramai sekurang-kurangnya 50 nyawa dan mencederakan lebih dari 150 orang.
Gambar dan video dari tragedi ini menunjukkan bangunan-bangunan di sana musnah teruk sementara pasukan penyelamat dan sukarelawan meneruskan pencarian mereka untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan konkrit.
Dekat bawah ni adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu tentang letupan yang berlaku di Kem Pelarian Jabalia ini:
Artikel berkaitan: “Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital
Artikel berkaitan: Hospital Al Ahli Gaza Dibedil, Sekurang-kurangnya 500 Maut Dalam Serangan Udara & Jumlah Dijangka Meningkat
-
Kem Pelarian Jabalia ini merupakan kem terbesar di antara lapan kem pelarian yang terdapat di Jalur Gaza.
-
Ekoran serangan udara ini, Kementerian Dalam Negeri Gaza melaporkan bahawa Kem Pelarian Jabalia ini telah musnah sepenuhnya.
-
Pengarah Hospital Indonesia di Gaza, Dr Atef al-Kahlout dan kementerian kesihatan mengesahkan bahawa seramai 50 orang telah dilaporkan meninggal dunia setakat ini dan 150 orang tercedera. Pencarian masih diteruskan.
-
Letupan ini telah menimbulkan kemarahan di Arab dan turut dikritik oleh beberapa organisasi kemanusiaan.
-
Israel mengaku bahawa serangan bom ini adalah dari pihaknya selepas mendapat maklumat bahawa pegawai Hamas berpangkat tinggi ada di kem tersebut. Namun Hamas menafikan bahawa komander yang dimaksudkan itu ada di sana.
-
Seorang jurutera penyiaran Al Jazeera, Mohamed Abu Al-Qumsan telah kehilangan seramai 19 ahli keluarganya dalam serangan ini termasuk bapanya, dua adik beradik perempuan, lapan anak buah, abangnya, isteri abangnya dan empat orang anak mereka, kakak iparnya dan seorang pakcik.
-
Serangan ini berlaku beberapa hari selepas keluarga seorang wartawan Arab Al Jazeera di Gaza, Wael Dahdouh iaitu isteri, anak lelaki, anak perempuan dan cucunya terbunuh dalam serangan udara Israel.
-
Mesir mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang menyasarkan blok kediaman Palestin dan berkata akan membuka sempadan Rafah bagi menerima rakyat Palestin yang cedera untuk diberikan rawatan. Untuk pengetahuan korang, ini pertama kali Cairo bersetuju untuk membuka sempadan sejak serangan bermula pada 7 Oktober lalu.
-
Serangan udara ini dibuat walaupun selepas banyak panggilan antarabangsa meminta agar keganasan dan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza dihentikan.
-
Beberapa jam sebelum letupan di Jibalia berlaku, kementerian kesihatan Gaza melaporkan terdapat sebanyak 8,525 kematian akibat serangan dari Israel. 3,542 dari kematian ini adalah kanak-kanak dan 2,187 darinya adalah wanita.
-
Amerika Syarikat memberitahu, sebanyak 66 trak bantuan telah masuk ke dalam Gaza dan ia merupakan bantuan terbanyak dari sempadan Rafah. Namun begitu, bahan api masih lagi disekat.
-
Kementerian Kesihatan Gaza telah memberikan amaran terakhir kepada dunia, mengatakan bahawa dua penjana utama di dua hospital utama di sana hanya mempunyai masa selama beberapa jam sahaja sebelum terpadam sepenuhnya.
-
Tembakan di sempadan diteruskan di antara tentera Israel dan kumpulan dari Lubnan, Hezbollah. Manakala kumpulan dari Yaman, Houthis telah melancarkan tiga serangan di selatan Israel.
Sumber: Al Jazeera, NDTV