in

Top 10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Tahun 2023, Siapa No.1 Tu?

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika zaman purbakala, satu teknik yang dinamakan golden ratio telah digunakan untuk mengukur kecantikan seseorang.

Kalau korang nak tahu, teknik ini digunakan untuk mengukur kesempurnaan fizikal dengan mengira bentuk muka termasuk saiz dan posisi bibir, hidung, dagu dan jawline seseorang.


Tahun ini, seorang doktor pembedahan kosmetik, Julian De Silva telah menggunakan pemetaan muka untuk melihat selebriti mana yang memiliki wajah paling sempurna sekaligus dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia.

Kalau korang nak tahu siapa yang memegang tangga pertama tahun ni, jom baca senarai kat bawah ni.

Artikel berkaitan: Ini Fakta Menarik Tentang Dayang Anisha, Wanita Cantik Yang Berjaya Tawan Hati Putera Mateen

Artikel berkaitan: Sebaris Dengan Park Shin Hye & Bella Hadid, Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020!

10. Ho Yeon Jung

Hoyeonjung 061021 Squidgame Unit 106 35556 L.jpg

Korang ingat tak pelakon yang memegang watak sebagai orang dari Korea Utara di dalam siri popular Squid Games? Model dan pelakon dari Korea Selatan ini telah disenarai sebagai wanita ke-10 tercantik di dunia dengan mendapat skor kecantikan sebanyak 89.63%.

Ho Yeon Jung memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan telah menjadi terkenal ketika dia buat runway antarabangsa pertamanya untuk New York Fashion Week ekoran rambutnya yang berwarna merah terang.

Dia juga pernah menerima beberapa anugerah untuk kejayaannya termasuk Pelakon Skrin Terbaik untuk kategori Pelakon Wanita dengan Persembahan Cemerlang  untuk siri drama.

9. Deepika Padukone

88716189.Jpg

Deepika Padukone merupakan salah seorang pelakon yang menerima bayaran yang tinggi di dunia dan juga merupakan pelakon wanita paling cantik dan paling kaya di Bollywood.

Dengan skor sebanyak 91.22% mengikut indeks kecantikan golden ratio, Deepika tahun ini telah mendapat tempat ke-9 sebagai wanita tercantik di dunia.

8. Kim Kardashian

Kim K Copy 1745419093909742.Jpg

Personaliti TV dan ahli perniagaan Kim Kardashian berjaya menduduki tangga ke-8 dengan skor kecantikan sebanyak 91.28%.

Untuk pengetahuan korang, pada 2015, Kim pernah disenaraikan sebagai pempengaruh paling popular oleh majalah Time.

Kim Kardashian kini sibuk dengan rancangan terbarunya di Hulu, The Kardashians serta turut mengeluarkan produk kosmetiknya sendiri dan pengasas jenama pakaian dalam Skims.

7. Jourdan Dunn

Jourdan.png

Jourdan Dunn merupakan seorang model British yang berasal dari London, England. Dengan skor sebanyak 91.39%, Jourdan berjaya menduduki tempat ke-7 sebagai wanita tercantik dunia.

Model ini terkenal kerana sering membuat runway memperagakan jenama Prada dan merupakan model kulit hitam pertama berbuat demikian dalam masa 10 tahun.

Selain Prada, Jourdan juga turut bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal lain seperti H&M, Burberry, DNKY, Marcus, dan Gap.

6. Taylor Swift

107228254 1681939455485 Gettyimages 1422401304 As000029 04C3394A D1B2 4Bfd A4Cd 6C851A589Cf1

Penyanyi paling popular zaman ini Taylor Swift merupakan wanita keenam paling cantik di dunia. Dengan mata berwarna biru dan bentuk muka yang cantik, Taylor telah berjaya mendapat skor sebanyak 91.64% di dalam indeks kecantikan golden ratio.

Taylor telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi dan juga merupakan pemenang Anugerah Grammy sebanyak empat kali.

5. Ariana Grande

Arianagrandebrunette F667A0831Bb347E195663C57F55A9Ac8

Penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat ini merupakan wanita nombor lima tercantik di dunia dengan skor kecantikan sebanyak 91.81%.

Selain cantik dan seorang penyanyi yang berbakat, Ariana Grande turut mempunyai bakat terpendam di mana dia boleh meniru suara penyanyi-penyanyi popular yang lain.

4. Beyonce

Beyonce Acceptance Grammys Onstage Gettyimages 1463288737 H 2023.Jpg

Pemuzik paling berpengaruh pada abad ke-21, Beyonce merupakan wanita ke-4 paling cantik di dunia dengan mendapat skor hampir sempurna sebanyak 92.44%.

Beyonce telah mencipta sejarah sebagai artis wanita pertama yang berjaya menduduki tempat pertama untuk kesemua tujuh albumnya di Amerika Syarikat.

3. Bella Hadid

000 32B8276

Pada 2019, Bella Hadid berjaya mendapat tempat pertama sebagai wanita tercantik di dunia dan pada tahun ini, model ini telah menduduki tempat ke-3 dengan skor kecantikan sebanyak 94.35%.

Kalau korang nak tahu, dalam masa empat tahun, Bella telah muncul sebagai muka depan Vogue antarabangsa sebanyak 27 kali.

Tak cukup dengan itu, Bella juga sangat vokal dan berani menyatakan sokongannya terhadap rakyat Palestin di media sosialnya walaupun sering mendapat kritikan oleh media barat.

2. Zendaya

Zendaya Bday.jpg

Pelakon dan penyanyi Zendaya Maree Stoermer Coleman dari Amerika Syarikat ini merupakan wanita kedua paling cantik untuk tahun 2023 dengan skor sebanyak 94.37%.

Zendaya telah berjaya memenangi dua Anugerah Emmy sepanjang kerjayanya dan merupakan teman wanita kepada heronya dalam filem Spiderman, Tom Holland.

1. Jodie Comer

Jodiecomer Golden Ratio

Untuk tahun 2023, pelakon British telah berjaya menyandang sebagai wanita paling cantik di dunia dengan skor kesempurnaan sebanyak 94.52.

Pelakon berusia 29 tahun ini terkenal dengan lakonannya dalam Killing Eve, The White Princess, The Free Guy dan Help.

Selain itu, Jodie juga pernah tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30 pada Februari 2019 sebagai orang paling berpengaruh di dalam industri hiburan Eropah di bawah usia 30 tahun dan senarai Vogue British sebagai “Perempuan Paling Berpengaruh 2018”.

Korang setuju tak?

Sumber: The Sun UK

Sumber: Vogue India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.