Seperti kita semua tahu, menjelang saja hujung tahun musim banjir pasti akan melanda di beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa kawasan lain lagi disebabkan hujan yang turun dengan lebatnya sehingga berhari-hari.
Mungkin bagi sesetengah orang, banjir ini nampak tidak bahaya pun malah dianggap seperti pesta air pula, tapi korang janganlah meniru aksi berani mati yang dilakukan oleh sekumpulan remaja yang viral baru-baru ni.
Menerusi perkongsian @Humansicks di Twitter, beberapa orang remaja dilihat dengan senang hati melompat ke dalam air sungai yang deras di sebuah jambatan yang tidak diketahui lokasinya. Fuh dah macam penerjun negara ye min tengok dorang ni.
Ibu bapa yang ada anak tu, tolong lah pantau anak2 musim banjir ni. Takdok nyakit cari nyakit. Dok tahu kat mana tempat ni. Tapi nampak jersi terengganu di situ. sekian pic.twitter.com/sutYQjRWil
— armfrds (@armfrds) December 21, 2020
Apa yang buat admin dan netizen lain yang melihat video ini seriau ialah cara mereka terjun masuk ke dalam sungai tersebut dari sebuah jambatan dengan gaya berani masing-masing.
Tambah pemilik Twitter tersebut, aksi ini bimbang mendatangkan bahaya yang tak diketahui oleh kerana kualiti air yang kotor ketika musim banjir. Bukan takut lemas je, tapi jugak kena kuman taun ke apa kan. Aiyoo…
aku ada kenalan bukan kenalan la saudara mara dekat juga dulu dulu suka main air macam ni , Ada satu hari dia di kejarkan ke hospital. Lama weh dia koma , doctor taktahu sakit apa. sebelum tu hanya demam biasa je. Sampai tahap terkulai layu,lembik terus masuk hospital
— armfrds (@armfrds) December 21, 2020
lepas paru2 merebak ke otak pulak.. budak nyee baru darjah 5 masa tu. Parents dia sedih taktahu nak cakap apa la dah koma mengejut macam tu. Dengan mulut orang pulak kata,umur mcm tak panjang 😅
— armfrds (@armfrds) December 21, 2020
“Kadang kan parents dah halang tapi anak ketegaq nak juga main”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang geleng kepala dengan sikap remaja-remaja berkenaan. Ada juga kata, tak semestinya perkara macam ni perlu disalahkan ibu bapa sebab ada saja anak-anak yang degil walaupun sudah ditegur.
Nanti bila dah lemas atau dijangkiti penyakit, ibu bapa juga yang susah kan…
Aduhai budak-budak zaman sekarang, kalau nak buat sesuatu tu cuba fikir mak ayah dulu. Risau min tengok aksi berani dorang.