in

“Tolonglah pantau anak” – [VIDEO] Adik Sedih Abang OKU Pakai Kostum Donald Duck Dibuli Budak

Budak Buli Lelaki Oku Kostum Donald Duck

Kalau kita sangka kes buli ini hanya berlaku di institusi pendidikan atau pekerjaan, nampaknya kita salah kerana individu yang hanya mencari rezeki tanpa mengganggu orang lain juga kadang-kadang dibuli tanpa sebab.

Hal tersebut berlaku baru-baru ini apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki OKU bekerja sebagai penghibur jalanan dengan memakai kostum Donald Duck telah dibuli oleh seorang kanak-kanak lelaki.

@ohmyganung

Kes budak buli OKU cari rezeki dah selesai. Parent dia dah contact admin. Pesanan untuk semua, pantau anak anak. #telukcempedak

♬ original sound – ohmyganung – Ohmyganung

Dapat dilihat budak berkenaan cuba menarik kostum lelaki OKU itu dan berterusan mengganggunya ketika di kaki lima.

Meskipun video tersebut telah mendapat perhatian ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dikatakan telah menegur perbuatan anaknya menerusi video di atas, ia tetap menimbulkan rasa sedih di hati ahli keluarga lelaki OKU berkenaan.

Adik luluh lihat abang kena buli 

Menurut mStar, adik kepada lelaki OKU tersebut, Nurul Shakirah Mohd Nordin, 30 meluahkan rasa sedih dan marahnya atas apa yang berlaku kepada abangnya, Hamdan Mohd Nordin, 33 yang jadi mangsa buli kanak-kanak ketika di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang.

Saya dapat tahu apabila ibu saudara tunjuk video itu. Saya sangat tak berpuas hati dengan apa yang terjadi sampai saya nangis. 

“Jarak umur kami dekat saja, kami membesar bersama. Sejak kecil sampai sekarang kami masih tinggal sebumbung. Apabila ada orang buli dia macam tu memang saya tak boleh terima. 

“Adik beradik lain pun kalau dibuli memang saya pertahankan mereka apatah lagi abang saya tu OKU,” katanya.

Donald 2

Menurutnya lagi, abangnya baru bekerja tiga minggu lalu dan lelaki tersebut kadang-kadang agak sukar dikawal emosinya apabila marah kerana bimbang bertindak di luar kawalan.

Malah abangnya juga dikatakan cuba mendapatkan ibu bapa kepada ‘pembuli’ itu untuk mengadu tentang apa yang sudah berlaku tetapi gagal kerana mereka sudah beredar dari situ.

Donald 1

Saya harap ibu bapa di luar sana pantau anak masing-masing. Didiklah mereka dengan sebaiknya. 

“Didik mereka bahawa buli ni satu budaya yang tidak elok demi menjamin kesejahteraan masyarakat,” kata Shakirah lagi.

Admin yang tengok video pun rasa sedih sangat. Harap kita pantaulah perlakuan anak-anak kita. Bimbang bila jadi macam ni. 

Baca: Ibu Bapa Terkilan Anak OKU Dipulas Telinga Hingga Lebam Oleh Guru Pendidikan Khas

Pendidikan Khas

Sumber: mStar
Sumber: mStar