in

“Tolonglah bang, nak tengok muka ibu” – Keluarga Reda, Mahu Tatap Wajah Mangsa Tanah Jerlus Kali Terakhir

Keluarga Tanah Jerlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memasuki hari kelima, keluarga mangsa yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India sudah menerima hakikat.

Namun begitu, mereka berharap dapat menatap wajah mangsa buat kali terakhir. Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Arvend Applasamy yang menyantuni keluarga mangsa.


“Mereka terima hakikat dan mereka bagitahu saya dalam bahasa Telegu, ‘tolonglah bang, percepatkan misi pencarian mangsa dan kami nak tengok muka ibu kami,” kata Arvend.

Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Kuala Lumpur Sudah Tidak Selamat, Ini Penjelasan Datuk Bandar KL

Artikel berkaitan: ⁠”Ada mendapan dan jalan ‘berombak’ lepas dibaiki bulan lepas” – Peniaga Di Masjid India

Dalam pada itu, Arvend memaklumkan semua visa ahli keluarga mangsa wanita telah dilanjutkan selama sebulan lagi berkuat-kuasa semalam.

@utusantvofficial

Replying to @sarifahyangrazall 26 OGOS 24: Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Arvend Applasamy ketika ditemui media di lokasi kejadian. 📽 Aizzat Jailani. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #masjidindia #tanahjerlus #tanahmendap

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Anak sahkan wajah mangsa

Sementara itu, anak lelaki mangsa iaitu Surya mengesahkan wajah ibunya, Vijayaletchumy, 48.

Menurut laporan, Surya setia menunggu di perkarangan lokasi kejadian untuk mengetahui perkembangan semasa dan sangat mengharapkan agar ibunya dapat ditemukan dalam masa terdekat.

2782543

Difahamkan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan teknik ‘flushing’ di sebuah lurang yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus.

Air daripada lori tangki milik Indah Water Konsortium (IWK) kemudian digunakan untuk kerja-kerja ‘flushing’ bagi mengesan wanita itu yang hilang sejak Jumaat lepas.

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.