in

“Tolong sampaikan kepada dia dan keluarga…” – Gambar Terpacak Atas Kubur Kerana Perbuatan Sihir

Gambar Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu posting di Facebook viral beberapa jam lepas, menarik perhatian ramai netizen. Posting tersebut disertakan dengan beberapa gambar dan sehingga kini dah mendapat lebih 14,200 perkongsian.

Kepada sesiapa yang mengenali orang ini tolong sampaikan kepada dia dan keluarganya bahawa dia dan keluarganya disihir.”

Shocked Oh No Gif

Patutlah cepat dapat perhatian, rupa-rupanya posting tu menunjukkan beberapa keping gambar sebuah keluarga yang dijumpai. Terdapat tiga keping gambar yang dijumpai, telah dikoyak dan diconteng dengan tulisan yang tidak difahami, dipercayai atas tujuan sihir.


Individu yang menjumpai gambar tersebut berkata, dia jumpa semuanya tu dekat kawasan perkuburan di Alor Setar.

Kami jumpa gambarnya dan keluarga dibalut dengan sebatang lilin setiap seorang, terpacak di atas perkuburan Kampung Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar.”

Sihir 1

Sihir 3
sumber: facebook

Daripada 3 keping gambar itu, dua daripadanya adalah gambar wanita dan sekeping lagi gambar seorang lelaki. Ramai bercerita yang keluarga ini mungkin dikenakan sihir pemisah daripada bomoh siam.

Ada juga yang berkongsi pernah jadi mangsa perbuatan sihir daripada bomoh siam, tak kurang juga yang memberitahu bahawa kebiasaannya mangsa akan ambil masa yang lama untuk buang sihir daripada bomoh siam.

“Mak aku 10 tahun berubat penangan sami siam ni…”

“Mak saya sampai meninggal kerana sami siam ni, kes dengki sama-sama berniaga.”

“Pakai bomoh siam, susah nak berubat kalau kena ni…”

“Ambik masa lama nak berubat kalo kena dgn tok sami siam… Ada yang sampai meninggal… Saya dah tengok kes ni berpuluh-puluh kali depan mata.”

Tapi ada juga netizen yang berpendapat bahawa tulisan itu bukan tulisan thai sebaliknya dari negara lain seperti Kemboja atau Myanmar.

Sihir 2

Sihir 4
sumber: facebook

Seriau admin tengok. Moga kita semua dijauhkan dari perbuatan dengki dan khianat… Baca artikel bawah ni untuk tips elak disihir atau santau!

Baca: Ini Cara Upload Gambar Di Media Sosial Untuk Elak Disihir Atau Kena Santau!

Tekniknya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.