Pelakon dan pelawak, Enot tidak dapat berdiam diri apabila dihentam netizen susulan dakwaan kononnya dia adalah individu yang dimaksudkan oleh rakan pelakonnya, Didie Alias dalam temu bual program Melodi baru-baru ini.
Walaupun namanya tidak disebut, namun ramai membuat andaian individu yang dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka baik sebelum ini.
Susulan itu, Enot tampil meluahkan rasa berang dan selama ini dia berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.
https://www.tiktok.com/@enot7812/video/7264583794919836929
Nafi sudah berkahwin
Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah menegaskan bahawa dia masih tahu hukum agama dan menyatakan dirinya tak pernah mengeluarkan kenyatan sudah berkahwin seperti yang diperkatakan.
“Terima kasih kerana membuat semua orang memaki hamun aku tanpa tahu cerita sebenar.
“Atas nama mak aku, aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mana pulak yang boleh nikahkan aku tu? Aku masih tahu hukum agama!” tegasnya.
Kesal dengan cacian yang diterima, dia juga tidak memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.
“Yang cakap lebih-lebih macam duduk serumah dengan aku insya-Allah esok lusa aku jumpa depan-depan, aku nak dengar juga apa yang kau tahu sangat tentang kehidupan aku.”
Menerusi hantaran di TikTok sebelum ini, Enot mendoakan agar segala kata-kata makian yang diberikan berbalik kepada mereka yang menghina dan mengutuk dirinya.
https://www.tiktok.com/@enot7812/video/7264459167375625473
Dia juga terasa hati dan kecewa terhadap rakannya yang tidak disebut nama kerana dilihat telah membuka aib atau memburukkan dirinya kepada umum.