Berita pembukaan semula ‘pintu’ sempadan antarabangsa bagi tujuan pelancongan pastinya mengukir senyuman kepada ramai terutamanya kepada ‘kaki travel’ yang boleh dikatakan lebih 2 tahun tidak keluar negara.
Selain aktiviti pelancongan luar negara, pastinya kelonggaran demi kelonggaran serta peralihan ke fasa endemik pada 1 April nanti bakal memeriahkan lagi sektor pelancongan dengan pelbagai pakej percutian dan pengembaraan kini giat dipromosikan.
Sebenarnya kan, kalau nak berjimat untuk travel ni, mudah je. Tak payah travel! Confirm jimat. Hehe~
Ada tipsnya untuk dapat lebih penjimatan, min senaraikan beberapa yang min sendiri amalkan setiap kali nak travel.
Beli tiket dan buat tempahan penginapan awal
Tips ni sebenarnya biasa dah orang bagi, cuma ramai tak ‘amalkan’ sebab ada kalanya walaupun beli awal, tiket penerbangan atau penginapan masih terasa mahal. Dari segi tempoh masa paling ideal, korang buat penempahan selewat-lewatnya tiga minggu sebelum penerbangan menurut Forbes.
Selain tu, korang jugak boleh gunakan mana-mana aplikasi untuk ‘perhatikan’ atau kesan penurunan harga tiket atau penginapan. Biasakan untuk bandingkan dulu harga sebelum membuat pembelian.
Kalau keluar negara, tukar duit sesiap diluar lapangan terbang
Memang biasanya di lapangan terbang akan ada perkhidmatan penukaran wang, tapi percayalah, tukar wang di pengurup wang berlesen di luar dari lapangan terbang akan ‘untung’ sikit kerana diorang boleh tawarkan harga yang lebih tinggi.
Kalau diluar negara pun sama, tukarlah dekat pengurup wang berlesen. Sesetengah tempat, akan lebih pandang ‘tinggi’ kepada Dollar Amerika, jadi, korang tukar dahulu ke USD, kemudian baru tukar ke matawang negara yang korang nak pegi tu.
Jangan shopping dekat tempat tumpuan pelancongan
Ni lagi satu ‘trick’ yang korang patut tahu kalau nak berjimat dan tak kena ‘sembelih’ masa travel.
Biasanya tempat tumpuan pelancong ni akan naikkan sikit harga barangan diorang sebab beberapa faktor, salah satunya adalah tidak akan ada pelanggan berulang. Kedua, sebab pelancong ni kebanyakannya suka masuk, beli dan keluar.
Jadi, korang kena pandai cari tempat yang jauh sikit dari tempat tumpuan dan shoppinglah puas-puas dekat sana. Tapi, kalau takde pilihan, cubalah tawar.
Gunakan kad kredit atau debit yang bagi ganjaran
Sekarang ni, ada banyak kad kredit malah ada kad debit yang akan bagi ganjaran tertentu. Ada yang bagi dalam bentuk mata terkumpul, ada juga yang buat macam konsep cabutan bertuah dan macam-macam lagi.
Contoh terbaik untuk digunakan semasa travel ni kalau ikut pengalaman adalah BigPay. Sebabnya, boleh digunakan sama ada pembayaran dalam mahupun luar negara dan konsepnya sama dengan kad debit.
Pembayaran dengan BigPay kalau diluar negara agak berbaloi sebab dia tawarkan penukaran kadar yang terbaik dan dalam masa yang sama korang boleh dapatkan diskaun kalau beli tiket penerbangan, makanan dan lain-lain.
Tebus ganjaran mata terkumpul
Selain dari penggunaan kad debit dan kredit tadi, korang boleh jugak cari mana-mana aplikasi yang tawarkan mata ganjaran setiap kali korang berbelanja. Paling best, mata terkumpul nanti, korang boleh tebus untuk dapatkan pelbagai tawaran menarik untuk digunakan semasa perjalanan korang tu nanti.
Paling berbaloi, kalau korang sambungkan aplikasi SuperApp AirAsia, korang akan dapat 6x mata ganjaran dan mata terkumpul nanti korang boleh tebus di laman web AirAsia di sini.
Macam mana nak dapatkan diskaun atau ganjaran yang min sebutkan ni?
1) Dapat 1 mata dengan setiap RM10 yang dibelanjakan (untuk pembayaran kad dan pembayaran bil dengan BigPay.
2) Terima 2x bonus mata AirAsia bila buat pembayaran di luar negara menggunakan kad atau pembayaran AirAsia melalui BigPay.
*Perbelanjaan minimun RM10 dan keatas
Selain dari ganjaran berkaitan travel yang min kongsikan tadi, ada banyak lagi ganjaran-ganjaran lain yang korang boleh tebus di sini dan kalau korang yang belum dapatkan kad BigPay ni, korang boleh dapatkan disini.