in

Tinggalkan Komen Perkauman, Atlet Hoki Digantung & Tak Beraksi Di Sukan Sea 2023

hanis onn digantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan isu tinggalkan komen berbaur perkauman dalam posting berkenaan konsert penyanyi India A R Rahman, atlet hoki wanita kebangsaan Hanis Nadiah Onn telah digantung dan tidak dibenarkan mewakili skuad hoki negara ke mana-mana  tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Cambodia 2023.

Dalam kenyataan media Kementerian Belia dan Sukan (KBS), keputusan itu dilakukan selepas Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (KHM), Dato Sri Subahan Kamal mengadakan sebuah sesi siasatan.


“Dia didapati bersalah menghina, mengutuk atau mengutuk (mencaci) pihak lain yang boleh menyebabkan salah faham, kegusaran atau kemarahan pihak lain.

Dia telah digantung daripada semua kejohanan antarabangsa bermula dengan Sukan Sea Kemboja, dan MHC serta NSC akan menilai semula kemajuannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Difahamkan, Hanis didapati bersalah kerana telah membuat komen yang mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM serta jelas melanggar kod etika.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan berharap tindakan itu menjadi ingatan dan pengajaran kepada Hanis serta atlet-atlet kebangsaan yang lain.

Baca: Tinggalkan Komen Berbaur Perkauman Tentang Konsert AR Rahman, Pemain Hoki Negara Mohon Maaf

Hanis Onn Perkauman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.