in

Diambil Sebagai Anak Angkat Oleh Keluarga Kaya, Rupanya Keluarga Kandung Lebih Kaya!

F3 Keluarga Angkat Keluarga Kandung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemuda berusia 27 tahun dari China baru-baru ini telah menjadi perhatian media antarabangsa apabila selepas 25 tahun menjadi anak angkat keluarga jutawan, dia akhirnya kembali ke pangkuan keluarga kandungnya yang juga merupakan multi-millionaire.

Menurut Mothership.sg, lelaki yang dikenali sebagai Mei Zhiqiang telah menceritakan pengalamannya diculik ketika berumur dua tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penyeludupan manusia.


3

Selepas diculik, dia telah tinggal dengan sebuah keluarga setelah dijual namun, keluarga itu membuangnya kerana Mei kurus akibat tidak dapat makan dengan baik berikutan sistem pencernaan badannya yang lemah.

Selepas itu, Mei dijadikan anak angkat keluarga jutawan yang menjaganya dengan baik.

Ketika sekolah rendah, Mei sudah tahu bahawa dirinya hanyalah anak angkat kerana dirinya berbeza.

Dengan bantuan keluarga angkatnya yang kaya, dia bekerja di sebuah hospital selepas tamat persekolahan.

Pada ketika itulah, dia mula menyimpan hasrat untuk bertemu semula dengan keluarga kandungnya.

Jadi, dia memutuskan untuk menghantar sampel DNA dirinya di Putian di wilayah Fujian.

Nasibnya baik kerana pada Jun 2022, dia akhirnya disatukan semula dengan keluarga kandungnya selepas terpisah selama 25 tahun.

4 1 1

Rupa-rupanya, keluarga kandungnya yang juga merupakan multi-millionaire dan dikatakan lebih kaya daripada keluarga angkatnya tidak pernah berhenti mencarinya selepas diculik pada tahun 1997.

Walaupun tidak ditemui, keluarga kandung Mei tetap menyambut hari lahirnya namun tidak mampu untuk memotong kek hari jadi kerana teringat akan dirinya.

Kakak Mei yang enam tahun lebih tua darinya juga telah menyalahkan dirinya selepas Mei diculik kerana dia tidak menjaga adiknya dengan baik sehingga Mei diculik.

Menurut Mei, keluarga angkatnya sangat menyokong keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga kandungnya walaupun pada mulanya mereka sedih kerana telah bersama lebih 30 tahun.

Jadi, Mei berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menjaga dan menyayangi kedua-dua keluarganya itu.

Buat masa ini, difahamkan, Mei sedang belajar untuk menguruskan perniagaan ayah kandungnya yang berhasrat mahu mewariskannya kepada Mei suatu hari nanti.

Ramai warganet mengatakan Mei sememangnya dilahirkan untuk menjadi kaya kerana dijaga oleh keluarga angkat yang kaya dan turut mempunyai ibu bapa kandung yang juga orang berada.

Sumber: Mothership.sg 

Baca: Ada Wajah Budak Dicetak Pada Parcel Dari China? Ini Kisah Sedih Disebaliknya…

Kotak Ada Gambar Budak China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.