Sejak semalam, negara berdukacita dengan tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
Akaun Facebook salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden itu, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna dihujani dengan ucapan takziah daripada netizen.
Semakan mendapati mendapati anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kali terakhir berkongsi foto di Facebook pada 18 Mac lalu.
Artikel berkaitan: “Itu gambar hari ini” – Pemuda Terkejut Makcik Salah Seorang Korban Nahas Helikopter
Artikel berkaitan: Gambar 4 Hari Lepas Undang Rasa Hiba, Lambaian Buat Pesawat HOM-AW139 Sebelum Berlepas
Menerusi hantaran berkenaan, Joanna kelihatan tersenyum manis sambil diapit dua anaknya yang masih kecil.
Lebih memilukan apabila menjengah satu hantaran di Facebook mendiang yang meninggalkan coretan buat anak sulungnya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengalirkan air mata membaca coretan tersebut di samping mendoakan anak-anak mendiang agar terus kuat meneruskan kehidupan.
Menurut Borneo Network, mendiang Joanna Felicia mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga anggota TUDM, dikurniakan dua cahaya mata perempuan, yang sulung sudah berusia 6 tahun dan kini di Tabika manakala anak kedua berusia setahun lebih.
Ibu bapa Joanna difahamkan sedang menguruskan jasad beliau manakala adiknya, Honey Viviane Francis, 16, mahu kakaknya disemadikan di Sarawak.
Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 individu terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Sumber: Facebook, Borneo Network